Klinik Mesra Remaja di Klinik Kesihatan Hutan Melintang ini telah mula beroperasi semenjak Mac 2024. Klinik ini memberi perkhidmatan kepada kanak-kanak dan remaja berumur 10 hingga 19 tahun. Kami memberi fokus kepada masalah perkembangan, fizikal, pemakanan, mental, seksual dan tingkah laku. Kami menerima rujukan daripada klinik-klinik kesihatan - kerajaan atau swasta, sekolah ataupun ibu bapa dari sekitar Mukim Hutan Melintang.
Memberi perkhidmatan untuk kanak-kanak atau remaja yang mempunyai masalah masalah perkembangan, fizikal, pemakanan, mental, seksual dan tingkah laku.
Membangun dan memperkukuhkan perkhidmatan kesihatan kepada golongan remaja sekitar Hutan Melintang selaras dengan matlamat, objektif dan strategi yang ditetapkan dalam Dasar Kesihatan Remaja Negara.
Diantara aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah:
Membuat penilaian dan diagnosa untuk kanak-kanak atau remaja yang mempunyai masalah perkembangan, pembelajaran, emosi dan tingkah laku.
Membuat saringan untuk kanak-kanak remaja berumur diantara 10 hingga 18 tahun yang datang ke KKHM untuk sebarang masalah kesihatan
Merujuk kanak-kanak / remaja yang mempunyai masalah perkembangan ke unit-unit kesihatan bersepadu seperti ahli psikologi, fisioterapi, terapi cara kerja, dan sains pemakanan dan dietetik.
Merujuk kanak-kanak / remaja yang memerlukan rawatan lanjutan ke klinik-klinik pakar di Hospital Teluk Intan.
Merujuk kanak-kanak/ remaja yang memerlukan sokongan sosial ke ahli kumpulan sosial
Kesihatan Fizikal – jerawat, panau, migrain, asma dan lain-lain
Kesihatan Pemakanan – obesiti, kurang berat badan, anemia dan lain-lain
Kesihatan Mental – stres, kemurungan, masalah keluarga, anoreksia, bulimia dan lain-lain
Kesihatan Tingkah Laku – merokok, alkohol, buli dan lain-lain
Kesihatan Seksual dan Reproduktif – senggugut, haid tak teratur, kehamilan remaja, jangkitan penyakit kelamin dan lain-lain
Hari: Isnin
Waktu: 2.00 petang hingga 4.30 petang
Segala maklumat kesihatan anda adalah rahsia, kecuali dalam 3 situasi yang berikut:
Remaja membahayakan diri sendiri
Remaja membahayakan orang lain
Orang lain membahayakan remaja
Temui kami di Klinik Mesra Remaja. Perkhidmatan kesihatan yang disediakan adalah komprehensif. Anggota kesihatan kami adalah terlatih dan sedia membantu.