Muat turun borang Referral Service Request Agreement di laman rasmi PDN dan isi semua maklumat berkaitan
Menghubungi pegawai in-charge makmal berkaitan sekiranya terdapat sebarang pertanyaan/kemusykilan
Menghantar surat permohonan rasmi kepada Pengarah PDN berserta borang Referral Service Request Agreement yang lengkap
Terima surat maklum balas/kelulusan daripada Pengarah PDN
Menghantar sampel ke makmal PDN mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh makmal berkaitan
Menjalankan ujian berkaitan penyiasatan imunologi sel darah merah dan platelet
Menjalankan ujian-ujian rutin pra transfusi (pre-transfusion) sebelum membekalkan darah dan komponen-komponen darah kepada pesakit-pesakit dari Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Tunku Azizah.
Menjalankan ujian Mikrobiologi berkaitan agen Transfusion Transmitted Infection (TTI) iaitu HIV, HBV, HCV dan Syphilis (Treponema pallidum) ke atas sampel darah penderma darah.
Menjalankan ujian berkaitan perkhidmatan transplantasi (pemindahan) sel stem dan solid organ serta penyiasatan ke atas kes-kes adverse transfusion reaction seperti TRALI dan membantu mendapatkan penderma yang serasi (HLA-matched) dalam kes platelet refractoriness.
Prosedur Permohonan Sampel PDN ke Makmal Rujukan
Pilih makmal rujukan berdasarkan sijil akreditasi yang diperoleh atau penyertaan dalam program EQA
Maklumkan kepada Quality Manager PDN melalui memo atau e-mel
Bahagian Pengurusan Kualiti menghantar surat permohonan rasmi kepada makmal rujukan
Terima surat maklum balas/kelulusan daripada makmal rujukan
Menghantar sampel ke makmal rujukan mengikut prosedur yang telah ditetapkan dan membuat penilaian berkala terhadap makmal rujukan