#beatNCDJohor
Deskripsi Keseluruhan Unit NCD
Unit NCD (Non-Communicable Diseases / Penyakit Tidak Berjangkit) merupakan unit kesihatan awam yang komprehensif dan bertanggungjawab dalam aspek pencegahan, saringan, rawatan, dan kawalan penyakit tidak berjangkit serta kesejahteraan psikososial komuniti. Unit ini diketuai oleh Dr Norzaher Bin Ismail selaku Ketua Penolong Pengarah Kanan (KPPK) dan disokong oleh 8 orang kakitangan pelbagai profesion termasuk Pegawai Perubatan, Pegawai Psikologi Kaunseling, Jururawat, Penolong Pegawai Perubatan, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran , dan Pembantu Tadbir.
Fokus dan Cabang Utama Unit:
1. Pengurusan Penyakit Kronik & Saringan Kesihatan
Unit ini secara aktif menguruskan pesakit dan program berkaitan penyakit tidak berjangkit utama seperti Diabetes Mellitus (DM), Darah Tinggi (HPT), dan Obesiti. Selain itu, unit ini juga menyelaras inisiatif kesihatan penting seperti Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan (NHSI), Program Saringan Kanser Kolorektal, dan pengurusan Pendaftaran Kanser (Cancer Registry).
2. Kesihatan Mental & Psikososial
Disokong oleh Pegawai Psikologi dan Pegawai Perubatan, menawarkan Program Kesihatan Mental Kesihatan Awam dan Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Sokongan Psikososial (MHPSS) semasa bencana serta mengendalikan Program Perkhidmatan Psikologi (PPSi).
3. Pencegahan, Kawalan & Kesihatan Persekitaran Unit ini juga memantau aktiviti penguatkuasaan dan kawalan risiko kesihatan yang merangkumi:
Program Kawalan Tembakau & Rokok Elektronik: Membantu mengendalikan aduan merokok, Notifikasi EVALI, dan pemeriksaan premis di luar pagar sekolah.
Pencegahan Bahaya: Mengawal isu keracunan metanol dan penyalahgunaan substans dan alkohol (OSCA)
Keganasan & Kecederaan: Terlibat dalam program Pencegahan Keganasan & Kecederaan (VIP).
4. Intervensi Komuniti & Awam
Menjalankan inisiatif komuniti seperti program Komuniti Sihat Pembina Negara (KOSPEN), pengurusan pesakit gelandangan, dan siasatan kematian melalui Verbal Autopsy.
5. Pentadbiran, Keselamatan & Pengurusan Kualiti
Bagi menyokong kelancaran operasi klinikal dan lapangan, unit ini mempunyai struktur pentadbiran yang kukuh seperti menguruskan Kewangan dan Perolehan, pemantauan sasaran kerja (KPI), plan of action (POA) serta pensijilan ISO. Unit ini juga mengamalkan budaya kerja cemerlang melalui pelaksanaan EKSA dan menjalankan mesyuarat penyelarasan program-program bawah unit kawalan penyakit tidak berjangkit (NCD).