CPD Points.
Ingin saya memberitahu bahawa buat sesiapa yang tidak cukup 20 CPD points, doktor perubatan tersebut tidak boleh memohon untuk memperbaharui Annual Practicing Certificate (APC).
Sama untuk APC 2023, buat sesiapa yang tidak cukup 20 CPD points untuk tahun 2022 tidak boleh memperbaharui APC 2023.
Pihak jawatankuasa telah memutuskan tiada rayuan yang boleh dibuat untuk APC 2023.
Oleh itu, saya ingin memohon kepada semua supaya:
1. Meneliti tarikh akhir untuk membuat tuntutan CPD points, iaitu pada awal Julai sehingga akhir Jun tahun berikutnya.
Sebagai contoh, untuk memperbaharui APC 2023, jumlah points CPD perlu cukup sebelum 30 Jun 2022. Tuntutan CPD setelah tarikh tersebut adalah untuk memperbaharui APC pada tahun 2024, bukan untuk 2023.
2. Meneliti tarikh akhir memperbaharui APC tahun 2023 untuk bayaran RM100 adalah pada 30 November setiap tahun. Jika tidak perbaharui sebelum tarikh tersebut, anda perlu membayar sebanyak rm200.
3. Sentiasa menyemak CPD points anda. Untuk menyemak CPD points anda, boleh lihat di platform mana anda membuat tuntutan, adakah di MMA CPD, AMM Medical atau sistem MyCPD. Pastikan setiap tuntutan anda telah pun ada/disahkan.
4. Membuat perancangan ke depan untuk mendapatkan CPD points. Saya fikir sekarang adalah agak mudah untuk mendapatkan CPD points. Banyak webinar-webinar percuma yang boleh dibuat tuntutan CPD. Mohon untuk melihat senarai CPD points, apa lagi aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan untuk membuat tuntutan CPD points.
5. Jika bertukar dari sektor kerajaan kepada swasta, pastikan CPD points anda tidak terputus. Pastikan CPD points anda di dalam MyCPD semuanya telah disahkan. Jika ada isu untuk pengesahan, kenal pasti siapa supervisor terdahulu anda dan berbincanglah dengan bekas supervisor tersebut.
Untuk mereka yang menggunakan sistem MyCPD, jika ada apa-apa masalah boleh menghubungi MyCPD Helpdesk di +603 8883 1457 atau email ke mycpd@moh.gov.my untuk bantuan.
Untuk pertanyaan mengenai MMA-CPD points anda boleh menghubungi sekretariat MMA di +603 4041 1375 atau email ke cpd@mma.org.my.
Mohon semua doktor perubatan untuk mengambil berat di dalam mencari dan menuntut CPD points serta memperbaharui APC.
Jika anda tiada APC untuk tahun tersebut, adalah salah di sisi Akta Perubatan 1971 untuk anda praktis di Malaysia dan boleh dikenakan tindakan jika sabit kesalahan.
Dr Khairul Hafidz Alkhair bin Khairul Amin
Ahli Majlis Perubatan Malaysia (MMC)
Klik Change HCP
Klik NEW-REGISTERED MEDICAL PRACTITIONER
KLIK nama anda
KLIK Update HCP Info
Klik EDIT bagi HCP CATEGORY: NEW - REGISTERED MEDICAL PRACTITIONER
SKROL KE BAWAH UNTUK TUKAR ORGANISATION
SILA KLIK DI SINI UNTUK TUKAR ORGANISATION KEPADA PEJABAT KESIHATAN BAHAGIAN MIRI