27 OGOS 2024 I 22 SAFAR 1446H (SELASA)
27 OGOS 2024 I 22 SAFAR 1446H (SELASA)
Sebagai penutup Mesyuarat Teknikal Kesihatan Awam Bil. 3/2024, kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam sesi mesyuarat kali ini.
Ucapan terima kasih juga kepada Dr. Husna Maizura binti Ahmad Mahir, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Kesihatan Awam (Jabatan Kesihatan Negeri Perak), semua pembentang sesi mesyuarat dan ahli mesyuarat yang hadir pada hari ini yang menyumbang kepada kelancaran sesi mesyuarat. Slaid pembentangan hari ini tersedia di pautan artikel untuk rujukan dan pembelajaran berterusan anda.
Kami juga telah menyediakan di pautan media untuk melihat gambar-gambar sepanjang perjalanan mesyuarat berlangsung. Jangan ragu-ragu untuk memuat turun sebarang gambar dalam pautan tersebut.
Seribu kemaafan dipinta sekiranya terdapat sebarang kekurangan dan kelemahan pada pihak penganjur sepanjang mengendalikan mesyuarat kali ini dan sekali lagi, terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada MTKA Bil. 3/2024. Kami alu-alukan sebarang maklum balas dan komen dari anda semua. Jumpa lagi di sesi mesyuarat akan datang!
Sekian, terima kasih.
Pejabat Kesihatan Daerah Batang Padang