Pemberian imunisasi measles rubella (MR) secara percuma kepada semua kanak-kanak berumur 6 bulan - 5 tahun
Perlindungan Tambahan
KKM menawarkan perlindungan tambahan bagi melindungi kanak-kanak daripada ancaman penyakit measles (campak) & rubela.
Program ini bermula dari 4 Ogos - 12 Oktober 2025.
Cara Dapatkan Slot Vaksinasi
Cara Daftar Melalui MySejahtera
Soalan Lazim
1) Apakah vaksin MR?
Vaksin MR ialah gabungan 2 vaksin bagi melindungi daripada penyakit campak (measles) & rubela.
2) Adakah vaksin MR percuma?
Ya, vaksin ini diberi secara PERCUMA kepada semua warganegara & bukan warganegara Malaysia di semua klinik kesihatan kerajaan.
3) Bagaimanakah vaksin MR diberikan?
1 dos vaksin MR akan disuntik di otot bahagian paha atau lengan kanak-kanak.
4) Adakah vaksin MR selamat?
Secara umumnya, vaksin ini adalah SELAMAT. Walau bagaimanapun, seperti vaksin lain, penerima vaksin MR juga mempunyai risiko kecil mendapat kesan sampingan yang biasanya ringan, seperti demam.
Bantuan
Jika anda perlukan bantuan & maklumat lanjut, anda boleh: