Belanjawan 2027 merupakan Belanjawan MADANI kelima dan belanjawan kedua di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13). Berpaksikan tiga tonggak utama Kerangka Ekonomi MADANI - Menaikkan Siling pertumbuhan negara, Menaikkan Lantai kesejahteraan hidup rakyat, dan Memacu Pembaharuan Tatakelola pentadbiran negara - Kerajaan kekal komited untuk memastikan kesejahteraan awam. Bagi Kementerian Kesihatan, ini bermakna penyampaian perkhidmatan yang berdaya tahan, mudah diakses, dan berkualiti tinggi kepada setiap rakyat di samping bersiap sedia mendepani cabaran demografi masa hadapan.
Bagi memperkasa perkhidmatan asas awam, Kerajaan memberi tumpuan kepada reformasi kritikal dalam penyampaian penjagaan kesihatan:
Akses Perkhidmatan
Kesesakan & Kos Rawatan
Tenaga Kerja & Pencegahan Penyakit
Penaiktarafan Fasiliti
Tatkala Malaysia dijangka mencapai status negara tua menjelang tahun 2030 di mana sekitar 15% penduduk akan berusia 60 tahun ke atas, Kerajaan giat membina sistem perlindungan sosial yang teguh:
Pertumbuhan Sektor: Membangunkan ekonomi penjagaan sebagai sektor pertumbuhan baharu bagi memenuhi keperluan masyarakat yang semakin menua.
Sokongan Komuniti: Meningkatkan kapasiti penjagaan jangka panjang, memperluas penjagaan berasaskan komuniti, dan membangunkan kemahiran tenaga kerja penjagaan untuk menyokong golongan rentan.
Belanjawan 2027 direka bentuk agar sejajar dengan denyut nadi rakyat. Sebelum belanjawan ini dibentangkan di Parlimen pada 9 Oktober 2026, Kerajaan mengalu-alukan pandangan serta maklum balas anda:
Bagaimanakah kita dapat menambah baik akses perkhidmatan kesihatan berkualiti serta mengurangkan kesesakan di hospital awam dan kos rawatan?
Apakah langkah yang perlu diambil bagi membangunkan sektor penjagaan sebagai laluan kerjaya profesional yang berkualiti?