FASAL 8: MESYUARAT AGUNG
Pengelolaan Pertubuhan ini terserah kepada mesyuarat agung ahli-ahli. Sekurang-
kurangnya satu perdua (1/2) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi atau dua
kali jumlah ahli Jawatankuasa, mengikut mana yang kurang, hendaklah hadir di
dalam mesyuarat agung bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupi
korum untuk mesyuarat.
Mesyuarat Agung bagi Pertubuhan hendaklah diadakan dalam tempoh dalam
tempoh daripada tarikh Mesyuarat Agung terakhir pada tarikh, masa dan tempat
yang ditetapkan oleh Jawatankuasa. Agenda Mesyuarat Agung adalah:
a. mempertimbangkan laporan Jawatankuasa berkenaan aktiviti pertubuhan
yang lalu;
b. mempertimbangkan laporan Bendahari dan penyata kewangan yang telah
diaudit;
c. memilih ahli-ahli Jawatankuasa dan melantik Juruaudit (jika berkenaan)
d. menguruskan perkara-perkara lain yang dibentangkan di dalam mesyuarat itu.
Satu Jawatankuasa seperti berikut yang dinamakan Pegawai Pertubuhan
hendaklah dipilih di dalam Mesyuarat Agung :
Seorang Pengerusi
Seorang Naib Pengerusi
Seorang Setiausaha
Seorang Penolong Setiausaha
Seorang Bendahari
Ahli Jawatankuasa Biasa
Fungsi Jawatankuasa ialah mengelola dan mengaturkan kerja-kerja harian
Pertubuhan dan membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan
Pertubuhan mengikut dasar am yang telah ditetapkan oleh mesyuarat agung.
Jawatankuasa seharusnya tidaklah boleh mengambil tindakan yang bertentangan
dengan mesyuarat agung dengan tidak terlebih dahulu berhubung dengannya dan
Jawatankuasa mestilah sentiasa mematuhi keputusan mesyuarat agung.
Jawatankuasa hendaklah mengemukakan laporan berkenaan kegiatannya dalam
tahun yang lalu kepada tiap-tiap Mesyuarat Agung.
TARIKH KEMASKINI : NOVEMVER 2024