Klik Link di Bawah Untuk Mendaftar
TARIKH TUTUP PENDAFTARAN 16 OGOS 2024 - 18.00pm
Klik Link di Bawah Untuk Mendaftar
Tarikh Tutup Pendaftaran
16 Ogos 2024 (Jumaat) - 18.00 pm
(Pertandingan Bermula di Gameweek 1 - 17 Ogos 2024)
Pertandingan ini dinamakan KEJOHANAN KESKIP KKM FANTASY PREMIER LEAGUE (KESKIPKKM FPL) MUSIM 2024 - 2025
PENGELOLA
Pertandingan ini dianjurkan oleh Kelab Sukan Dan Kebajikan Ibu Pejabat (KESKIP), Kementerian Kesihatan Malaysia (Reg. No : 1440-06-WKL) bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara semua ahli Kelab yang merupakan kakitangan Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia. Tarikh, masa dan tempat kejohanan adalah seperti berikut;
Tarikh : 17 Ogos 2024 sehingga Akhir Mei 2025
Masa : 1 Musim (Sepanjang Liga Perdana Inggeris, 2024/2025 – Bermula GW1)
Tempat : Dijalankan secara online
a. TERTUTUP HANYA kepada kakitangan yang bernaung di bawah Ibu Pejabat, Kementerian Kesihatan Malaysia DAN merupakan AHLI BERDAFTAR DAN AKTIF KESKIP KKM pada tahun 2024-2025. Pendaftaran adalah melalui Google Form di pautan yang disediakan (https://shorturl.at/sjfTj). Sekiranya pada bila-bila masa disepanjang musim pertandingan peserta didapati bukan AHLI BERDAFTAR DAN AKTIF KESKIP KKM pada tahun 2024-2025, secara automatik peserta akan dilucuthak untuk terus menyertai kejohanan ini dan tiada yuran akan dikembalikan.
b. Peserta boleh menggunakan apa saja nama pasukan DENGAN SYARAT tidak menyentuh sensitiviti agama, kaum & masyarakat serta memaklumkan nama yang digunakan di Facebook peribadi.
c. Setiap peserta wajib mendaftar menggunakan
Nama seperti yang tertera di dalam kad pengenalan
Nama Bahagian tempat bekerja
Nombor Telefon
serta mendaftarkan nama pengurus Fantasy Premier League (FPL) dan
nama pasukan yang diwakili
d. Setiap peserta yang bertanding WAJIB Follow & Like Media Sosial KESKIP KKM di Facebook, Instagram & Twitter (@KESKIPKKM)
e. Semua “chip” Fantasy Premier League (FPL) dibenarkan.
f. Keputusan penganjur adalah muktamad.
a. Kedudukan liga ini akan diambil melalui jumlah keseluruhan mata mingguan bermula Game Week 1 (GW1) sehingga Game Week 38 (GW38).
b. Pemenang akan diumumkan sebaik sahaja Fantasy Premier League (FPL) berakhir pada Akhir Mei 2025.
c. Pemenang tempat Pertama hingga Ke Sepuluh (10) akan diberikan hadiah pada penghujung musim Fantasy Premier League dalam acara yang bakal dimaklumkan oleh Penganjur.
a. Setiap peserta akan dijemput ke dalam group WhatApps khusus setelah pihak penganjur menerima segala butiran penyertaan yang telah lengkap.
b. Kod Liga akan diberikan di dalam Group WhatsApp
YURAN & CARA PEMBAYARAN
YURAN PENYERTAAN
a. Setiap penyertaan akan dikenakan yuran sebanyak RM 20.00 (Dua Puluh Ringgit Sahaja) bagi SETIAP NAMA PASUKAN.
b. TIADA HAD bilangan penyertaan pasukan bagi setiap individu yang mendaftar. Walaubagaimanapun, pihak KESKIP KKM tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat kehilangan pasukan di dalam liga di sepanjang musim yang diakibatkan oleh ralat aplikasi.
PEMBAYARAN
a. Pembayaran hendaklah dibuat bersekali semasa pendaftaran melalui Google Form di pautan yang disediakan.
b. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 16 Ogos 2024 – 18.00 pm.
c. Pembayaran boleh dibuat melalui pindahan bank (Online)
Ke akaun : 1601 8010 0239 71 (Bank Islam)
Di atas nama : Tetuan Kelab Sukan dan Kebajikan IPKKM KESKIP
REFERENCE : KESKIPFPL-NAMA-TEAM-ANDA
HADIAH PERTANDINGAN
Juara : RM 250.00
Naib Juara : RM 200.00
Ketiga : RM 150.00
Keempat : Rm 100.00
Kelima : RM 75.00
Ke-6 – Ke 10: RM 35.00
SERAHAN HADIAH PERTANDINGAN
PROSES SERAHAN HADIAH AKAN DIMAKLUMKAN OLEH PIHAK KESKIP SELEPAS PEMENANG DIKETAHUI
PERTANYAAN
UNTUK PERTANYAAN & MAKLUMAT LANJUT
En. Kamarul Wahid
AJK Kelab Sukan & Kebajikan Ibu Pejabat (KESKIP), KKM
Bhgn Pengurusan Maklumat, KKM
03 88833880
kamarul[AT]moh.gov.my
keskip.kkm[AT]moh.gov.my