Berdasarkan Surat Pekeliling Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia Bilangan 4 Tahun 2025 berkaitan Pelaksanaan Polisi Keselamatan Siber Versi 1.0 Kementerian Kesihatan Malaysia, adalah dimaklumkan bahawa sistem Akuan Pematuhan Dasar Keselamatan ICT KKM (ePatuh) telah dihentikan penggunaannya berkuat kuasa 1 Januari 2026 dan kini sedang melalui proses naik taraf secara berperingkat.
Sehubungan itu, Dasar Keselamatan ICT (DKICT) KKM telah dijenamakan semula sebagai Polisi Keselamatan Siber (PKS) KKM bagi memastikan pengurusan keselamatan siber kementerian selaras dengan dasar nasional, keperluan perundangan, pengurusan aset, sumber, rekod, infrastruktur serta perkembangan teknologi semasa. Pelaksanaan PKS ini bertujuan untuk memperkukuh ketahanan siber kementerian dan memastikan pematuhan terhadap garis panduan, prinsip serta kawal selia yang telah ditetapkan.
Polisi ini adalah terpakai kepada semua pengguna di Kementerian Kesihatan Malaysia, termasuk kakitangan, kontraktor, pembekal dan pakar runding yang terlibat dalam pengurusan, pemprosesan, capaian, perkongsian, penyimpanan serta penyelenggaraan aset digital dan sistem maklumat KKM.
Sehubungan dengan penghentian sistem ePatuh, semua proses berkaitan pematuhan Polisi Keselamatan Siber (PKS) hendaklah dilaksanakan secara manual dengan menggunakan Borang Surat Akuan Pematuhan Polisi Keselamatan Siber (PKS).
Sila rujuk Polisi Keselamatan Siber (PKS) dan Surat Akuan Pematuhan PKS di SINI.