Program Peningkatan Kualiti Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) dilaksanakan secara berterusan bagi memperkukuh budaya kualiti, meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan serta memastikan keselamatan dan kepuasan pesakit sentiasa diutamakan.
Unit Pengurusan Risiko dan Surveilans Klinikal (URISK) berperanan menyelaras dan memantau pelaksanaan program-program peningkatan kualiti melalui kerjasama pelbagai jabatan dan unit. Setiap program diterajui oleh penyelaras yang dilantik bagi memastikan pelaksanaan, pemantauan pencapaian dan tindakan penambahbaikan dilaksanakan secara sistematik dan berkesan.