PENGURUSAN RISIKO
PENGURUSAN RISIKO
PENGENALAN
1. Pengurusan risiko di hospital merupakan satu proses sistematik yang merangkumi pengenalpastian, penilaian, penganalisisan serta kawalan terhadap risiko yang berpotensi menjejaskan keselamatan pesakit, pelawat, kakitangan serta kestabilan kewangan dan operasi hospital.
2. Melalui pendekatan ini, hospital dapat mengesan ancaman lebih awal, mengambil langkah pencegahan yang bersesuaian, serta memastikan pemantauan dan pelaporan risiko dijalankan secara berterusan. Tujuannya adalah untuk mengurangkan insiden yang tidak diingini dan memastikan penyampaian perkhidmatan kesihatan yang selamat, berkualiti dan berkesan.
OBJEKTIF
Meningkatkan tahap keselamatan pesakit, pelawat dan kakitangan melalui pengurusan risiko yang berkesan.
Mengurangkan kerugian kewangan hospital dengan mengenal pasti dan mencegah risiko lebih awal.
Menyediakan pendidikan dan latihan secara menyeluruh di peringkat hospital atau mengikut keperluan jabatan berdasarkan analisis data organisasi.
Memantau dan menganalisis trend data organisasi bagi mengenal pasti keperluan penambahbaikan dan pembelajaran berterusan.
Menggalakkan budaya keselamatan dan tanggungjawab bersama dalam kalangan semua warga hospital.
Penyelaras Pengurusan Risiko bagi setiap Jabatan/Unit diminta untuk mengemaskini Risk Registry Bil. 1/2026 ini selewat-lewatnya pada 04 Mei 2026.
TELAH DITUTUP - Penyelaras Risiko di peringkat Jabatan/Unit boleh merujuk risiko yang telah didaftarkan.
TELAH DITUTUP - Penyelaras Risiko di peringkat Jabatan/Unit perlu mengemaskini Risk Registry HWKKS .
BUKA - Penyelaras Risiko di peringkat Jabatan/Unit perlu mengemaskini Risk Registry HWKKS .
Borang Daftar Risiko yang telah lengkap diisi perlu dimuat naik (upload) ke dalam folder Jabatan/Unit masing-masing.
Borang Pemantauan Risiko yang telah lengkap diisi perlu dimuat naik (upload) ke dalam folder Jabatan/Unit masing-masing.
JAWATANKUASA PENGURUSAN RISIKO
BAHAN RUJUKAN
Slide Pengurusan Risiko
Slide Panduan Daftar Risiko