Audit klinikal merupakan salah satu teras dalam Clinical Governance dan ia adalah satu aktiviti yang utama bagi memastikan kualiti penyampaian perkhidmatan kesihatan pada tahap optimum dan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. Proses ini penting untuk meningkatkan tahap penjagaan kesihatan dan seterusnya memastikan amalan penambahbaikan berterusan dilaksanakan.
Mengenal pasti dan menggalakkan amalan perawatan kesihatan yang baik.
Membawa kepada penambahbaikan berterusan dalam penjagaan pesakit.
Menyediakan maklumat tentang keberkesanan sesuatu perkhidmatan
Mengenalpasti peluang penambahbaikan yang perlu dijalankan.
Meningkatkan semangat kerja berpasukan dan amalan komunikasi yang baik dalam pasukan.