OBJEKTIF JAWATANKUASA:
1. Mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif dan berkualiti iaitu selamat, bersih, kemas dan selesa pada setiap masa.
2. Membantu meningkatkan disiplin diri dan semangat kerja berpasukan di kalangan warga Zon Patologi ,Hospital Melaka.
3. Membantu meningkatkan tahap kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan yang ditawarkan.
4. Mewujudkan budaya kerja yang ceria, efektif dan inovatif.
5. Meningkatkan kesedaran di kalangan warga kerja terhadap kepentingan penjimatan tenaga serta kitar semula (Go Green)
PERANAN JAWATANKUASA EKSA
1. Membentuk hala tuju dan pelan perancangan di peringkat zon
2. Membentuk jawatankuasa peringkat zon
3. Mengenalpasti zon-zon pelaksanaan EKSA
4. Melaksana aktiviti-aktiviti EKSA peringkat zon
5. Memantau pelaksanaan EKSA peringkat zon
6. Memastikan keseragaman pelaksanaan EKSA sepertimana yang dinyatakan dalam Garispanduan Pelaksanaan EKSA Hospital Melaka yang terkini
7. Memastikan semua staf dalam zon terlibat sebagai ahli zon.
8. Menyediakan Sudut EKSA Zon di lokasi yang strategik.
9. Menyedia dan sentiasa mengemaskini Fail EKSA peringkat zon.