Ekosistem Kondusif Sektor Awam atau EKSA telah diperkenalkan mulai Januari 2014 sebagai inisiatif penjenamaan semula Amalan 5S Sektor Awam oleh pihak MAMPU dengan mengambil kira keperluan bagi mengetengahkan persekitaran tempat kerja yang berkualiti dan kondusif supaya lebih relevan kepada jabatan/agensi sektor awam.
Langkah penjenamaan semula ini difikirkan sesuai dan seiring dengan perubahan dan kehendak semasa untuk meningkatkan prestasi dan daya saing organisasi di samping menyemarakkan lagi budaya kreatif dan inovatif dalam kalangan warga JKN Perak.
Komponen utama dalam pelaksanaan EKSA masih berteraskan Amalan 5S yang ditambahbaik di samping penambahan beberapa elemen baharu. Amalan 5S ditambahbaik dengan menambah lima elemen baharu iaitu:
Imej Korporat
Meningkatkan Imej Korporat
Kreativiti dan Inovasi
Menyemarakkan aktiviti kreativiti dan inovasi selaras dengan tuntutan pihak berkepentingan
Amalan Hijau
Menggalakkan aktiviti ke arah mewujudkan persekitaran hijau melalui pembudayaan Amalan Hijau
Persekitaran Kondusif
Memperluaskan perlaksanaan di agensi kerajaan bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif
Kepelbagaian Agensi
Memastikan elemen pengauditan memenuhi keperluan kepelbagaian agensi kerajaan
Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Membentuk Kecemerlangan Organisasi Melalui Budaya Kerja Profesional, Berdisiplin, Kreatif Dan Kompetitif Berteraskan Tadbir Urus Persekitaran Yang Kondusif
Mewujudkan persekitaran kerja yang bersih dan selamat, kemas dan selesa pada setiap masa
Membantu meningkatkan disiplin diri dan semangat kerja berpasukan di kalangan warga JKN Perak
Membantu meningkatkan tahap kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan yang ditawarkan
Mewujudkan budaya kerja yang ceria dan efektif
EKSA Zon Ngah Ibrahim merupakan sub zon kepada EKSA Jabatan Kesihatan Negeri Perak. Nama sub zon ini mengambil nama sempena seorang pembesar Melayu yang menjadi penentang dalam campur tangan British dalam pentadbiran negeri Perak. Nama ini menyalakan obor semangat sejarah dan jati diri anggota serta memangkin kejituan dalam pelaksanaan EKSA di jabatan ini.
Logo Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan dimana Jabatan Kesihatan Negeri Perak berada dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Lima helai kelopak daun membawa maksud 5S dan setiap helai kelopak daun mewakili lima (5) elemen SISIH, SUSUN, SAPU, SERAGAM dan SENTIASA AMAL
Garisan adalah membawa maksud ‘dahan’ kepada 5 kelopak daun sebagai simbol sokongan dan kesungguhan warga kerja Jabatan Kesihatan Negeri Perak dalam melaksanakan EKSA.
Perkataan Ekosistem Kondusif Sektor Awam yang berada di dalam garisan yang menunjukkan bahawa semangat yang jitu warga kerja Jabatan Kesihatan Negeri Perak dalam mengamalkan EKSA ke peringkat yang lebih cemerlang.
Warna Hijau yang ada pada kelopak daun menunjukkan amalan dari warga kerja Jabatan Kesihatan Negeri Perak yang mengamalkan “GO GREEN”.
Gabungan tiga (3) warna iaitu merah, putih dan hitam yang terdapat pada ‘EKSA’, ’JABATAN KESIHATAN NEGERI PERAK’, ’PERSEKITARAN KONDUSIF MINDA POSITIF’, ‘EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM’ menggambarkan imej korporat di Jabatan Kesihatan Negeri Perak.
PERSEKITARAN
Membawa maksud kawasan kerja Jabatan Kesihatan Negeri Perak yang mengamalkan elemen dalam perlaksanaan EKSA.
KONDUSIF
Keadaan atau persekitaran yang lebih selesa, tenang dan aman di Jabatan Kesihatan Negeri Perak..
MINDA
Membawa erti pemikiran yang kritis dan inovatif dari warga kerja Jabatan Kesihatan Negeri Perak yang membawa kejayaan.
POSITIF
Bermaksud keseluruhan perkhidmatan yang diberikan oleh semua warga Jabatan Kesihatan Negeri Perak adalah yang berkualiti dan positif.