UNIT PENTADBIRAN DAN PEMBANGUNAN
Unit Pentadbiran merupakan unit yang bertanggungjawab bagi urusan pentadbiran di Pejabat Kesihatan Daerah Dungun meliputi pentadbiran am, surat-menyurat, pengurusan fail, pengendalian mesyuarat, laporan kad perakam waktu anggota, kenderaan jabatan, kuarters, urusan sewaan premis demis dan urusetia majlis-majlis/ program rasmi jabatan. Unit ini juga berfungsi sebagai pentadbir utama dalam pengurusan jabatan secara keseluruhan.
Unit Pembangunan bertanggungjawab menyelaras perlaksanaan projek-projek dan program yang melibatkan peruntukan pembangunan serta perolehan bagi kerja-kerja ubahsuai/naiktaraf mengikut Arahan Perbendaharaan yang berkuatkuasa.