PENGENALAN
PENGENALAN
Bagi menangani isu-isu kesihatan, kerajaan telah mengambil langkah yang proaktif dengan memperkenalkan Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS). Agenda nasional yang bermula tahun 2020 sehingga 2030 ini memberi penekanan kepada pembudayaan hidup sihat dan persekitaran yang menyokong kesejahteraan kesihatan rakyat termasuk penjawat awam melalui pendekatan whole of nation.
ANMS bertindak sebagai payung utama, manakala pelbagai program bersasar dibangunkan mengikut kumpulan sasaran masing-masing. Salah satu program bersasar di bawah ANMS ialah Inisiatif Penjawat Awam Sihat (i-PASS) yang memberi fokus khusus kepada penjawat awam di seluruh Malaysia.
Mewujudkan ekosistem kesihatan penjawat awam yang bersepadu melalui pelaksanaan yang berstruktur, tadbir urus dan punca kuasa yang jelas serta persekitaran kerja yang menyokong kesejahteraan kesihatan.
Memperkukuh pembudayaan hidup sihat melalui peningkatan literasi kesihatan dan penerapan pendekatan behavioral insights bagi mendorong perubahan tingkah laku yang berterusan.