Unit Integriti Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ditubuhkan sebagai hasil pelaksanaan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2013 (iaitu arahan Kerajaan Malaysia untuk mewujudkan Unit Integriti di semua agensi awam) bagi menjadi fokus pengurusan isu-isu berkaitan integriti dalam semua kementerian termasuk KPM.
Enam (6) fungsi utama Unit Integriti, Kementerian Pendidikan Malaysia adalah seperti berikut:
Membuat tapisan tatatertib ke atas urusan perkhidmatan, kenaikan pangkat dan darjah kebesaran bagi semua warga KPM (Bahagian, Jabatan dan Sekolah)
Mengurus setia dan melaksanakan prosedur tatatertib dan surcaj untuk pertimbangan Lembaga
Memastikan tadbir urus organisasi dilaksanakan dengan efektif
Mencadangkan penambahbaikan serta pembaharuan kepada dasar / arahan / sistem dan prosedur dalam organisasi
Melaksanakan urusan pentadbiran dan kewangan Unit
Mengurus setiakan permohonan kerja luar, permohonan politik dan kelulusan hadiah warga Kementerian
Memastikan pelaksanaan dan penginstitusian nilai-nilai integriti dalam organisasi
Mengadakan garis panduan dan program-program kesedaran berkaitan integriti
Memantapkan amalan nilai-nilai murni melalui tindakan pencegahan dan pendidikan
Menerima dan mengambil tindakan terhadap semua maklumat dan/atau aduan salah laku tatatertib dan salah laku jenayah (disalurkan ke agensi penguatkuasa) oleh penjawat awam
Mengesan dan mengesahkan aduan salah laku atau pelanggaran integriti warga KPM
Melaporkan kes bersifat jenayah kepada agensi penguatkuasa yang bertanggungjawab
Mengemukakan hasil siasatan kepada pihak urus setia tatatertib
Semakan semula hasil siasatan oleh Bahagian/Jabatan
Memastikan pematuhan ke atas peraturan pentadbiran dan kewangan yang berkuatkuasa di samping mengenalpasti kelemahan dalam dasar dan peraturan sedia ada;
Memastikan kod etika jabatan dipatuhi
Mengadakan pemeriksaan berjadual dan tidak berjadual terhadap amalan, sistem atau tatacara pentadbiran dan kewangan agar teratur selaras dengan dasar-dasar, undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa.