Cikgu Siti Hawa binti Ahmad K.B.;P.A.
Kaunselor Pendidikan Daerah
No. Tel Pejabat : 07-7991269
Email : sitihawa.ahmad@moe.gov.my
Kelulusan :
1. Ijazah Sarjana Bimbingan dan Kaunseling (UPSI)
2. Ijazah Sarjana Muda Bimbingan dan Kaunseling (UPSI)
Maklumat Persijilan:
Certified TAJMA Personality Practitioner [ T0079/16]
Certified Practitioner Clinical Mental Health Counseling [CMHC0047]
Certified Practitioner Art Drawing-House Tree Person [ADHTP0842]
Pengamal Instrumen Personaliti Psikologi Kaunseling (i2PK) [i2PK0180]
Mastery of Rahsia Ceramah Memukau [RCM2.0/00035]
Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4/1998, Garis Panduan Menguruskan Pegawai Berprestasi Rendah dan Pegawai yang Bermasalah serta Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 1999, Panduan Mewujudkan Perkhidmatan Kaunseling di Agensi Awam memberi mandat bidang kuasa kepada Kaunselor Pendidikan terutama di Kementerian Pendidikan Malaysia untuk melaksanakan tugas. Pekeliling ini menggariskan beberapa perkara asas seperti kepentingan perkhidmatan psikologi dan kaunseling, peranan ketua jabatan, pelantikan pegawai kaunseling dan bidang tugas pegawai tersebut.
Penubuhan Bahagian Psikologi di Jabatan Perkhidmatan Awam tahun 1992 mencetuskan perubahan dalam disiplin psikologi dan kaunseling yang mempelopori pengurusan dan perkhidmatan kaunseling di sektor awam. Kementerian Pendidikan Malaysia pula mula mengorak langkah dengan tertubuhnya Cawangan Kaunseling dan Keutuhan dalam Bahagian Sumber Manusia pada tahun 2002 dan seterusnya menjadi Bahagian Psikologi dan Kaunseling (BPsK) pada 1 Mac 2008. Senario ini memberikan paradigma baharu terhadap pengurusan dan perkhidmatan psikologi dan kaunseling di Kementerian Pendidikan Malaysia.
Objektif Bahagian Psikologi dan Kaunseling, Kementerian Pendidikan Malaysia adalah :
Menyediakan Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling untuk kesejahteraan individu, organisasi dan komuniti.
Memberi kesedaran kepada warga KPM akan Kepentingan Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling dalam menguruskan kehidupan seharian.
Meningkatkan pengetahuan dan kecekapan Kaunselor Organisasi ke tahap optimum dan berterusan.
Menyediakan pendidikan kesejahteraan emosi dan fizikal kepada warga KPM.
Melaksanakan Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling berteraskan etika dan menepati peruntukan perundangan.
Melestarikan kelangsungan Perkhidmatan Kaunseling kepada stake-holder.