VISI
Pengurusan Aset Yang Bersistematik, Cekap Dan Berkualiti.
MISI
Menyelenggara aset pendidikan secara menyeluruh demi keselesaan murid dan warga pendidik.
Memastikan kemudahan aset pendidikan mencapai piawaian kualiti dan keselamatan yang tinggi.
OBJEKTIF
Merancang dan mengurus program/aktiviti pengurusan aset milik Kementerian selaras dengan dasar-dasar yang sedang berkuat kuasa.
Merancang dan menyelaras pelaksanaan penyelenggaraan aset milik Kementerian Pendidikan Malaysia secara menyeluruh bagi menjamin suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif.
Merancang dan menyelaras penyediaan kemudahan infrastruktur asas demi menjamin kualiti pendidikan yang berkesan.
Merancang dan menyelaras penyediaan kuarters serta kemudahan sokongan Aset Tak Alih Kerajaan yang lebih selesa dan selamat.
Merancang, menyelaras dan memastikan aset alih Kerajaan milik Kementerian Pendidikan Malaysia dapat diurus dengan terselaras dan berkesan.
Merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan program / aktiviti penyelenggaraan dan pengurusan Aset Alih dan Aset Tak Alih Kementerian Pendidikan Malaysia
PIAGAM PELANGGAN
Memastikan respon kepada pertanyaan dan aduan pelanggan diberi maklumbalas dalam tempoh 10 hari dan laporan status dalam tempoh dua (2) bulan.
Menyediakan kelulusan permohonan penyelenggaraan bangunan / infrastruktur yang diterima daripada JPN / Bahagian dalam tempoh satu (1) minggu.
Menguruskan permohonan pelantikan dalam tempoh dua (2) minggu bagi pelantikan seperti berikut:
1. Pegawai Aset
2. Pegawai Pemeriksa
3. Lembaga Pemeriksa Pelupusan
4. Jawatankuasa Penyiasat
5. Pegawai Pemverifikasi Stor
Mengurus pembayaran bil-bil / tuntutan dalam tempoh 14 hari.