Acara sukan dan kebudayaan selama tiga hari yang mengumpulkan Anggota Perkhidmatan Pendidikan seluruh Negeri Perak bagi memupuk semangat persaingan sihat dan mengeratkan hubungan persaudaraan sesama anggota.
Taiping merupakan bandar bersejarah di Perak. Taiping bermula sebagai sebuah kota perlombongan pada 1850-an, dan berkembang menjadi pusat pentadbiran yang penting semasa zaman penjajahan British.Setelah Perjanjian Pangkor 1874 ditandatangani, pihak British menjajah Perak, dan pentadbiran di Larut diserahkan kepada Kapten Speedy. Bandar Taiping menjadi ibu negeri Perak pada 1880-an selepas J.W.W Birch dibunuh pada 1875, namun kedudukannya sebagai ibu negeri berakhir pada 1937 apabila ia dipindahkan ke Ipoh. Bandar ini terkenal dengan produk pelancongan yang berkaitan dengan warisan, menjadi tumpuan para pelancong dan penyelidik. Terdapat banyak tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi antaranya ialah Taman Tasik Taiping, Bukit Larut, zoo pertama di Malaysia, bangunan warisan dan banyak lagi.