Langkawi terdiri daripada 99 buah pulau tropika. Terletak 30 km dari Kuala Perlis dan 51 km dari Kuala Kedah di tanah besar. Keluasan tanah Langkawi adalah lebih kurang 478 km persegi. Langkawi Geopark telah secara rasmi diiktiraf oleh UNESCO pada 1 Jun 2007. Langkawi Geopark merupakan geopark Malaysia yang   pertama terletak di bahagian utara Semenanjung Malaysia. Mendapat nama daripada gabungan nama ‘helang’ dan ‘batu kawi’ yang banyak terdapat di sini, Langkawi terbahagi kepada 6 mukim iaitu, mukim   Kedawang, Mukim Ayer Hangat, mukim Bohor, mukim Padang Matsirat, mukim Kuah dan mukim Ayer Hangat. 

Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi distruktur semula pada 1 Jun 1982 dengan visi, ‘Bahawa Sesungguhnya Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi adalah ke arah Kecemerlangan Pendidikan Seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan 2020’. Pada Tanggal 01.06.1982 PPD Langkawi dibuka dengan rasminya dengan diterajui oleh Tuan Haji Abdul Manaf bin Ahmad selaku PPD Pertama setelah dipisahkan dari PPD Kubang Pasu. Pada tahun 2010 PPD Langkawi telah berpindah ke tempat sekarang yang mana sebelum ini menggunakan tanah Sekolah Kebangsaan Langkawi.

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH

Inisiatif Dan intipati PPPM Gelombang 3 LANGKAWI (2021-2025)

MISI KPM

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

VISI KPM

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

LANGKAWI SETANDING


LAHIRNYA SEBUAH IMPIAN

MENUJU KEJAYAAN

LAGENDA MAHSURI MASYUR TERBILANG

LAKSANA SRIKANDI DIJULANG

KECEMERLANGAN KAN MENJADI

ASPIRASI BERSAMA

VISI DAN MISI BERGERAK SEIRING

MEMBINA NEGARA BANGSA

TRANSFORMASI DALAM PENDIDIKAN

MENJADI AGENDA

MENJULANG, MEMARTABATKAN AGAMA

BANGSA DAN NEGARA

BERKHIDMAT JUJUR SETIA

MODAL INSAN TERBILANG, KEPIMPINAN BERKESAN

LANGKAWI SETANDING, MENJANA MASA DEPAN

SEPAKAT, SEHATI SEJIWA

BERSAMA KITA JAYAKANNYA


Ciptaan Lagu   : En Noor Azman bin Long  - PPDL

Senikata  : Warga PPDL 2015

Penyanyi  : Shahibah bt Sazali  - SMK Ayer Hangat

Susunan Muzik  : En Zulkarnain bin Harun  - SMK Kelibang

Penyunting  : En Mohd Zaki bin Md Isa  - SK Sungai Menghulu


LOKASI PPDL

VEDIO KORPORAT

GEOPARK LANGKAWI

PENGURUSAN TERTINGGI