CERDIK merupakan inisiatif perintis tanggungjawab sosial korporat (CSR) oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) bertujuan untuk menyediakan akses digital yang terdiri daripada komputer riba, tablet, dan sambungan data kepada murid-murid daripada keluarga berpendapatan rendah.
Inisiatif ini melibatkan sumbangan bernilai RM150 juta daripada 31 GLCs/GLICs.