Laman ini menyediakan panduan pengisian permohonan bagi murid dari sekolah luar KPM
Laman ini menyediakan panduan pengisian permohonan bagi murid dari sekolah luar KPM
PANDUAN PENGISIAN PERMOHONAN MURID LUAR SEKOLAH KPM
Langkah 1 dan 2 boleh dilaksanakan sebelum permohonan dibuka
Video panduan paparan log masuk idMe
Langkah 1: Log masuk ke Sistem idMe
Gunakan nombor kad pengenalan dan password seperti yang telah didaftarkan
Jika terlupa kata laluan sila gunakan kemudahan lupa kata laluan
Gunakan kemudahan daftar baharu bagi pengguna awam yang tidak pernah
mempunyai akaun idMe
Manual pengguna disediakan pada paparan
Jika terlupa e-mel yang telah digunakan untuk mendaftar berhubunglah dengan helpdesk di dalam kemudahan lupa kata laluan melalui butang meja bantuan atau melalui pautan https://aduanmoeis.moe.gov.my , Hotline Aduan Teknikal 03-8884 3736
Langkah 2: Menambah anak jagaan dalam Modul Pengurusan Awam
Masuk ke menu aplikasi dan klik Modul Pengurusan Awam
Klik menu Pengurusan Profil dan pilih menu Maklumat Anak Jagaan
Klik tab tambah anak/jagaan
Isikan No.Kad Pengenalan yang sah dan Nama penuh seperti My Kid/surat beranak
Klik butang cari dan isikan maklumat yang dikehendaki
Simpan
Tempoh pengemaskian akan mengambil masa 24 jam untuk integrasi ke SPAAD
Video Panduan Tambah anak jagaan ke dalam Modul Pengurusan Awam
Langkah 3: Kemas kini data peribadi dan anak jagaan
Masuk ke menu aplikasi dan klik Modul Pengurusan Awam
Klik menu Pengurusan Profil dan pilih menu Maklumat Anak Jagaan
Klik Nama anak jagaan (tahun 6 pada tahun semasa/Tingkatan 3 pada tahun semasa)
Klik butang Klik Untuk Terperinci (warna biru)
Kemas kini dan simpan maklumat dalam profil peribadi anak, penjaga, ibu bapa, alamat, kesihatan, dan buat pengesahan. Kemas kini maklum pada menu Penjaga Utama. *Penting untuk mengisi e-mel ibu bapa penjaga dan alamat bagi tujuan menghantar surat panggilan temuduga/ tawaran penempatan/penempatan rayuan
Tempoh pengemaskinian akan mengambil masa 24 jam untuk integrasi ke SPAAD
Video panduan kemas kini maklumat anak jagaan
Video panduan log masuk ke SPAAD
Langkah 4: Log masuk masuk ke SPAAD dan Penyelarasan data
Klik logo SPAAD pada paparan menu aplikasi
Klik menu peranan dan klik Profil
Klik butang Penyelarasan Data (warna biru) setelah selesai dalam tempoh 24 jam pengemaskinian di Pengurusan Awam
Tunggu sehingga notifikasi menyatakan Data berjaya diselaraskan dari MOEIS
Kembali ke menu Utama
PERMOHONAN KE KELAS ALIRAN AGAMA
Langkah 5: Membuat Permohonan (Kelas Aliran Agama)
Pada menu UTAMA terdapat dua pilihan butang permohonan . Kelas Aliran
Agama dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)
Ibu bapa/penjaga boleh memohon kesemua Aliran. (Selesaikan satu persatu)
Pada menu Kelas Aliran Agama, klik butang Permohonan dibuka berdasarkan tingkatan yang hendak dipilih (Tingkatan 1/Tingkatan 4)
Pilih Nama murid
Pilih sekolah pilihan 1, pilihan 2 dan pilihan 3 - klik SIMPAN
Video panduan permohonan KAA
Video panduan mengesahkan maklumat permohonan
Langkah 6: Mengesahkan maklumat anak jagaan dan menghantar permohonan
Klik butang Penyelarasan Data (warna biru). Tempoh pengemaskian dari Pengurusan Awam dalam tempoh 24 jam.
Tunggu sehingga notifikasi mengatakan Data berjaya diselaraskan dari MOEIS
Pilih nama anak dan sekolah ( tiada pilihan sekolah bagi SABK) - Simpan
Sahkan data disetiap menu - Profil anak, adik beradik, penjaga, alamat dan kesihatan dan kemas kini keputusan markah peperiksaan
Sahkan permohonan
Perakuan
Hantar permohonan
Cetak borang permohonan dan muat turun borang ASBS
Lengkapkan 3 salinan Borang ASBS bersama-sama lampiran yang dikehendaki, Muat turun Borang ASBS di sini https://go.gov.my/ASBS. Borang ASBS juga boleh dimuat turun dari menu paparan manual pengguna dalam SPAAD
Serahkan Cetakan Borang permohonan dan Borang ASBS ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) sekolah yang dipohon atau ke Jabatan Pendidikan Negeri bagi negeri yang tidak mempunyai PPD (Perlis, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Pesekutuan Labuan). Tempoh penghantaran bermula 28 September hingga 30 November 2026.
MUAT TURUN BORANG ASBS DI SINI : https://go.gov.my/ASBS
PERMOHONAN KE SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN
Permohonan dihadkan kepada 2 pilihan sekolah Aliran Dini dan 1 Aliran Tahfiz dari mana-mana negeri
Ibu bapa/penjaga boleh memohon kesemua Aliran. Kelas Aliran Agama di SMK dan Aliran Dini serta Tahfiz di SABK
Selesaikan permohonan di setiap aliran sekolah satu persatu
Langkah 7: Membuat Permohonan (Kelas Aliran DINI/Aliran Tahfiz)
Pada menu UTAMA klik butang Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)
Buat carian sekolah mengikut negeri yang ingin dipohon
Pilih Butang Permohonan dibuka pada sekolah yang ingin dipohon
Pilih Nama murid
Pilih sekolah pilihan - (tiada pilihan sekolah bagi SABK) klik SIMPAN
Video panduan mengesahkan maklumat permohonan
Langkah 8: Mengesahkan maklumat anak jagaan dan menghantar permohonan
Klik butang Penyelarasan Data (warna biru)
Tunggu sehingga notifikasi mengatakan Data berjaya diselaraskan dari MOEIS
Sahkan data disetiap menu - Profil anak, adik beradik, penjaga, alamat dan kesihatan dan
Kemas kini dan sahkan keputusan peperiksaan anak
Sahkan permohonan
Perakuan
Hantar permohonan
Teruskan permohonan ke SABK (aliran) yang seterusnya
Cetak borang permohonan dan muat turun borang ASBS
Lengkapkan 3 salinan Borang ASBS bersama-sama lampiran yang dikehendaki. Muat turun Borang ASBS di sini https://go.gov.my/ASBS, Borang ASBS juga boleh dimuat turun dari menu paparan manual pengguna dalam SPAAD
Serahkan Cetakan Borang permohonan dan Borang ASBS ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) sekolah yang dipohon atau ke Jabatan Pendidikan Negeri bagi negeri yang tidak mempunyai PPD (Perlis, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Pesekutuan Labuan). Tempoh penghantaran bermula 28 September hingga 30 November 2026.
Terdapat SABK tertentu yang menerima serahan cetakan Borang Permohonan dan Borang ASBS di kaunter pendaftaran temu duga, Sila rujuk arahan dalam surat panggilan temu duga)
MUAT TURUN BORANG ASBS DI SINI : https://go.gov.my/ASBS
MENERIMA TAWARAN TEMU DUGA/PENEMPATAN DAN RAYUAN