PENGENALAN
Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Bahagian Samarahan (MSSBS) merupakan suatu wahana untuk mencapai wawasan negara dalam pembudayaan sukan dalam kalangan murid sekolah. Budaya bersukan dalam kalangan semua murid adalah untuk melengkapkan kecemerlangan sistem pendidikan bagi melahirkan modal insan yang seimbang dan holistik dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial ke arah pembinaan negara bangsa Malaysia.
Pengelolaan kejohanan olahraga seperti ini juga merupakan pemangkin kepada kecemerlangan sekolah dan membuka ruang serta peluang kepada atlet murid memperkembang potensi dan bakat murid dalam bidang olahraga. Melalui kegiatan ini juga, murid-murid bukan sahaja dapat mencipta kecemerlangan dalam bidang sukan, malah dapat menimba pengalaman untuk bersosial, mengasah ilmu kepimpinan serta dapat meningkatkan disiplin diri.
RASIONAL
Rasional Kejohanan Olahraga MSS Bahagian Samarahan ini diadakan adalah seperti berikut :
i. Memberikan pengalaman yang menyeluruh kepada murid semasa menyertai acara yang dipertandingkan dalam sesuatu kejohanan olahraga.
ii. Mencungkil bakat baru dalam kalangan murid dalam acara olahraga.
iii. Melahirkan insan yang cergas dan cerdas dari segi mental dan fizikal.
OBJEKTIF
Objektif Kejohanan Olahraga MSS Bahagian Samarahan adalah seperti berikut:
i. Arena bagi memilih atlet yang berpotensi dalam bidang olahraga untuk mewakili Bahagian Samarahan bertanding di Peringkat Negeri.
ii. Mewujudkan persaingan yang positif dalam kalangan atlet dan warga pendidik dalam
Bahagian Samarahan.
TARIKH
16 - 19 Jun 2025
TEMPAT
Stadium UNIMAS, Kota Samarahan