PENGENALAN
Rungus terkenal dengan kebudayaan mereka yang asli dan tidak ditelan zaman.Pakaian tradisional mereka adalah hasil tenunan tangan mereka sendiri dengan menggunakan kapas yang lebih dikenali sebagai kapok penduduk setempat.
Suku kaum Rungus di Sabah memilih hitam sebagai warna pakaian tradisional mereka. Penggunaan warna hitam asalnya daripada kepercayaan bahawa warna hitam adalah lambang kekuasaan atau ketuhanan yang mana dapat melindungi si pemakai daripada
makhluk - makhluk halus yang jahat. Ada sesetengah pihak mengatakan bahawa penggunaan warna hitam adalah disesuaikan dengan cara hidup dan keadaan semulajadi pada waktu itu.
Warna tradisi kain Rungus ialah hitam, merah, kuning dan putih. Warna kuning dan putih digunakan sebagai warna rekacorak dan jalur. Corak kain ini direka supaya jalur-jalur tersusun mengikut motif yang berlainan. Motif tenunan Rungus berunsurkan bentuk binatang, manusia, senjata dan tumbuh-tumbuhan.
CONTOH PEMAKAIAN BAJU TRADISI RUNGUS
AKSESORI PADA PAKAIAN TRADISI
CARA MENENUN PAKAIAN TRADISI RUNGUS
CARA MEMAKAI PAKAIAN TRADISI RUNGUS