Tuan Rumah : JPN Perlis
Nama Program: Pertandingan Pembangunan Mobile Apps
Deskripsi Program:
Pertandingan inovasi pembangunan aplikasi terbuka kepada tiga kategori iaitu Sekolah Menengah Atas, Sekolah Menengah Bawah dan Sekolah Rendah Tahap 2.
Cara Pelaksanaan: Secara dalam talian Masa Pelaksanaan: Jun – November 2022
Objektif Umum:
Pelaksanaan Program Pembangunan Digital Murid di Sekolah Tahun 2022 ini bertujuan meningkatkan kompetensi dan fasih digital murid serta guru bagi merialisasikan Pelan Strategik Pendidikan Digital.
Objektif Khusus:
Mempertingkatkan kemahiran digital dalam kalangan murid
Mempertingkatkan kemahiran merancang murid dalam membuat papan cerita; dan
Mempertingkatkan kreativiti murid dalam membangunkan aplikasi.
KPI Semasa (TOV/Baseline):1947 murid
KPI Dalam Tempoh 3 Tahun Pelaksanaan: 2500 murid
Tempoh masa pelaksanaan Program: Mei – November 2022
Output: Bilangan penyertaan murid
Outcome:
Melahirkan murid yang Kreatif dan Inovatif dengan menyediakan pembelajaran yang menjurus ke arah Pendidikan Digital dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang selaras dengan pembelajaran abad ke-21 dengan melahirkan murid yang fasih digital dan sekaligus dapat membina generasi kalis masa hadapan.
Menjayakan Dasar Pendidikan Kebangsaan berkaitan Pembestarian Sekolah yang menyokong pelaksanaan PPPM 2013 – 2025, terutamanya yang berhubung dengan Anjakan 7, iaitu Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran, yang dapat menyokong kualiti kemenjadian murid sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Murid dapat menguasai pelbagai kemahiran kognitif termasuk penyelesaian masalah, penaakulan dan pemikiran kreatif dan inovatif sekaligus menyokong kemahiran berfikir dalam Aspirasi Murid yang termaktub dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 -2025.