Search this site
Embedded Files
MINECRAFT

KLIK DI BAWAH UNTUK PERTANDINGAN MINECRAFT PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2022

MINECRAFT EDUCATION

Perkongsian Pintar : Microsoft Malaysia

Tuan Rumah : JPN Johor

Deskripsi Program:

Pertandingan berupa pengaturcaraan menggunakan aplikasi minecraft terbuka kepada semua murid sekolah di bawah KPM terdiri daripada 6 kategori.

Cara Pelaksanaan: Secara dalam talian Masa Pelaksanaan:Mei – Ogos 2022


Objektif Umum:

Pelaksanaan Program Pemerkasaan Pendidikan Digital Murid di sekolah ini bertujuan meningkatkan kompetensi dan kefasihan digital murid serta guru bagi merialisasikan Pelan Strategik Pendidikan Digital.

Objektif Khusus:

  1. Menyediakan murid mempunyai keupayaan untuk menyelesaikan masalah menggunakan coding atau kod arahan dalam bahasa pengaturcaraan;

  2. Mencungkil bakat dan memberi kebebasan kepada murid untuk bereksperimen, mendorong eksperi kendiri kreatif dan penyelesaian masalah;

  3. Mewujudkan hubungan kerjasama antara murid dan guru dalam merancang, mengurus, merekabentuk dan menghasilkan bahan pengekodan; dan

  4. Menggalakkan persaingan sihat dan memberi pengalaman dalam kalangan murid melalui pertandingan yang merangsang minda kritis dan kreatif serta unik.


KPI Semasa (TOV/Baseline) : 1947 murid

KPI Dalam Tempoh 3 Tahun Pelaksanaan: 2500 murid

Kumpulan Sasaran : Murid Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah

Output : Bilangan penyertaan murid

Outcome:

  1. Melahirkan murid yang Kreatif dan Inovatif dengan menyediakan pembelajaran yang menjurus ke arah Pendidikan Digital dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang selaras dengan pembelajaran abad ke-21 dengan melahirkan murid yang fasih digital dan sekaligus dapat membina generasi kalis masa hadapan.

  2. Menjayakan Dasar Pendidikan Kebangsaan berkaitan Pembestarian Sekolah yang menyokong pelaksanaan PPPM 2013 – 2025, terutamanya yang berhubung dengan Anjakan 7, iaitu Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran, yang dapat menyokong kualiti kemenjadian murid sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

  3. Murid dapat menguasai pelbagai kemahiran kognitif termasuk penyelesaian masalah, penaakulan dan pemikiran kreatif dan inovatif sekaligus menyokong kemahiran berfikir dalam Aspirasi Murid yang termaktub dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 -2025.


Get involved:

Newsletter

Mailing list

Join

Report abuse
Page details
Page updated
Report abuse