INSTRUMEN STANDARD PENILAIAN PEMBUDAYAAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (ISPPK)
MANUAL PENGURUSAN INSTRUMEN STANDARD PENILAIAN PEMBUDAYAAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (ISPPK) DAN PEMBUDAYAAN KBAT
Selamat Datang ke Portal ISPPK
Instrumen Standard Penilaian Pembudayaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (ISPPK) merupakan instrumen penilaian yang dibangunkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) bagi menilai tahap pembudayaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) di sekolah melalui aspek Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) guru dan murid. Pelaksanaan ISPPK merupakan sebahagian daripada Prakarsa TS2S1P1: Membangunkan Kurikulum Pendidikan Berorientasikan Kompetensi dan Keperluan Masa Hadapan di bawah Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026–2035 yang menyokong pelaksanaan Kurikulum Persekolahan 2027 (KP2027) dalam memperkukuh amalan PdP berorientasikan kompetensi dan pembelajaran bermakna.
Portal ini dibangunkan sebagai pusat rujukan dan panduan pelaksanaan ISPPK di sekolah dengan menyediakan maklumat, garis panduan, instrumen penilaian serta bahan sokongan bagi membantu sekolah melaksanakan penilaian secara sistematik, telus dan berkesan. Penilaian ISPPK dilaksanakan sepanjang tahun secara berterusan bagi memastikan pemantauan, pelaporan dan penambahbaikan pembudayaan KBAT dalam PdP dapat dilaksanakan secara konsisten. Maklumat dan dapatan daripada pelaksanaan ISPPK turut membantu sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Kementerian Pendidikan (KPM) merancang tindakan susulan serta intervensi yang bersesuaian bagi meningkatkan kualiti PdP.
Melalui portal ini, warga sekolah boleh mengakses maklumat, bahan sokongan, garis panduan serta instrumen penilaian bagi memastikan pelaksanaan ISPPK berjalan secara teratur, telus dan berkesan. Diharapkan portal ini menjadi rujukan utama dalam memperkukuh pembudayaan KBAT melalui PdP yang berkualiti ke arah melahirkan murid yang berfikiran kritis, kreatif, inovatif dan berdaya saing selaras dengan aspirasi pendidikan negara.
DASHBOARD ANALISIS ISPPK