Menyampaikan kandungan kurikulum di dalam bilik darjah melalui pelbagai kaedah pedagogi dan aplikasi yang melibatkan murid, dan mengaplikasikan teknik penilaian berkaitan yang boleh mencerminkan pembelajaran murid bagi mencapai hasil pembelajaran berkesan.
Merekabentuk dan melaksanakan aktiviti kokurikulum mengikut bidang kepakaran yang boleh menyumbang kepada pembangunan holistik murid.
Memahami kehendak dan keperluan pembelajaran dan pembangunan profesionalisme dan membuat aplikasi kepada diri serta rakan sejawat agar meningkatkan pengetahuan dan kemahiran diri serta menyumbang kepada budaya pembelajaran.
Menarik penglibatan ibu bapa dan komuniti dalam PdP agar dapat mengoptimumkan hasil pembelajaran murid.