Tujuan program ini adalah untuk:
Memberi psikopendidikan, maklumat dan input berkaitan kesejahteraan psikologi kepada warga KPM sebagai panduan untuk diaplikasikan apabila berdepan dengan situasi yang mengganggu kesejahteraan psikologi mereka.
Memberi maklumat kepada warga KPM tentang kesediaan Kaunselor Pendidikan KPM dalam membantu mereka mengurus emosi dan tingkahlaku.
Menggerakkan barisan kepimpinan di pelbagai peringkat untuk menyebarluaskan maklumat dan kesedaran kesejahteraan psikologi kepada warga KPM.
OBJEKTIF PROGRAM
Berupaya mengekalkan tahap kesejahteraan psikologi dan kesihatan mental
Meneroka kesedaran
berkaitan pentingnya mengamalkan gaya hidup sihat dan menjaga kesejahteraan diri
Mengenal pasti simptom dan gejala yang menyebabkan ketidakstabilan emosi, pemikiran dan tingkah laku diri sendiri dan orang lain
Mempelajari kemahiran daya tindak diri untuk mengurus kesejahteraan diri dan mengenal pasti keunikan dan potensi diri
TAJUK-TAJUK PROGRAM PENINGKATAN KESEDARAN KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI #3A WARGA KPM
Mac
TEMA: STRES
April
TEMA: PENGURUSAN KEWANGAN
Mei
TEMA: MENINGKATKAN MOTIVASI KERJA
Jun
TEMA: KEMURUNGAN
Julai
TEMA: KESEDIHAN DAN KEKECEWAAN
Ogos
TEMA: PRESTASI KERJAKU
September
TEMA: PENYESUAIAN KERJAYA
Oktober
TEMA: WORK LIFE BALANCE
November
TEMA: KOMPETENSI KERJA
Disember
TEMA: KONFLIK INTERPERSONAL