Laman ini memfokuskan soal jawab berkaitan persoalan semasa dalam pengemaskinian EMIS oleh rakan-rakan Guru Data dan Maklumat (GDM) di peringkat sekolah. Semoga senarai yang dibangkitkan dalam FAQ ini akan dapat membantu semua rakan-rakan GDM.

1. Adakah Dewan Terbuka yang bersambung dengan Blok lain boleh dikatogerikan sebagai ‘BLOK’? 

Sekiranya dewan terbuka tersebut mempunyai tiang sendiri, ia boleh di tetapkan sebagai satu ‘BLOK’ yang baharu.

Nama Blok : (Ikut Kesesuaian Sekolah)

Kegunaan : Ruang Serbaguna 

2. Jika sekolah ada laluan pejalan kaki yang menyambungkan dari blok ke blok, adakah perlu dimasukkan dalam EMIS?

Tambah ruangan koridor di blok yg berkaitan. Cth: Dari blok A ke blok B.
Tetapkan nama koridor pada blok A sahaja. Tambah ruangan koridor di blok A.
Namakan sebagai ‘Koridor Blok A ke Blok B’ 

3. Jika peralatan/aset di sekolah sudah melebihi 5 tahun @ sudah tiada. Bolehkan dipadam dlm sistem EMIS sekolah? 

4. Apakah tindakan jika terdapat ralat luas kurang Dari 70 mps seperti Pondok Jaga...?

Ubah fungsi pada pendaftaran blok kegunaan PONDOK JAGA daripada pentadbiran kepada PONDOK PENGAWAL 

5. Bagi bangunan baharu yang bersambung dengan bangunan lama, Adakah perlu tambah satu bangunan baharu atau hanya ubahsuai maklumat bangunan lama? 

Perlu tambah satu bangunan baharu kerana tahun binaan bangunan adalah berbeza .

6. Adakah Rumah Pam Bomba perlu masukkan dalam modul infrastruktur...?  

Isi sebagai RUANG PENYENGGARAAN sekiranya mempunyai blok sendiri.
Jika berada di dalam bangunan yang sedia ada tidak perlu isi. 

7. Apakah jenis nama bilik yang paling sesuai dilabel untuk Ruang Wudhuk Asrama? 

Nama : Bilik Wuduk
Label :
1. Ruang Penyenggaraan (Terbuka)
2. Bilik Khas (Jika ada dinding / pintu) 

8. Bagaimana untuk daftar Laluan Gajah Menyusur?

Ada DUA cara penyelesaian :
1. Daftarkan sebagai Blok baharu dan perlu menetapkan juga bumbung dan aras.
2. Daftarkan sebagai koridor yang bersambung dengan mana-mana blok dengan kantin atau blok yang satu lagi.
2.1. Letakkan sebagai koridor,
2.2. Namakan Gajah Menyusur Blok X ke kantin. Blok itu akan ada 2 koridor

Sekiranya Ubahsuai : Jenis Pelan T003 Koridor / Laluan Pejalan Kaki 

9. Adakah meja kerusi yang disumbang oleh pihak luar dan PIBG perlu rekod masuk ke dalam EMIS 

Ya, masukkan dan letakkan pembiayaan PIBG.

10. Peralatan ICT
1. Adakah semua peralatan ICT yang ada di sekolah perlu direkodkan...? Contoh (switch, server, router, tablet, skrin dan lain-lain).
2. Untuk alatan ICT yang lebih dari 5 tahun dan masih berfungsi serta digunakan perlu direkodkan...?
3. Untuk peralatan ICT sewaan dari KPM, adakah perlu direkodkan...? 

11. Sekolah mempunyai Klinik Sekolah. Di dalam Klinik terdapat tandas. Apakah tagging yang perlu dibuat kepada tandas tersebut...? 

Tandas Pekerja

12. Bagaimana cara nak ubah sesi persekolahan, dari satu sesi kepada dua sesi...?
Cth: Asal sesi pagi sahaja, sekarang sesi pagi dan petang. 

1. Klik butang Aduan Teknikal
2. Isikan Penerangan aduan (nyatakan perubahan sesi)
3. Jenis Aduan : Ralat Data
4. Sertakan softcopy dokumen sebagai bukti (Sijil Perjawatan)
5. Hantar 

13. Berdasarkan plan sekolah - Kantin meliputi dapur, ruang makan, ruang jualan dan ruang makan murid. Bagaimana pengisian dalam modul infrastruktur...? 

3.1 Jenis bilik S442 : Bilik Stor AM Sekolah

3.2 Jenis bilik S442 : Bilik Stor AM Sekolah

3.3 Jenis bilikS442 : Bilik Stor AM Sekolah


      3.4 Jenis Bilik T009 : Tandas Pekerja

3.5 Jenis Bilik T009 : Tandas Pekerja

3.6 Jenis Bilik S515 : Bilik Pekerja

14. Bagaimanakah penetapan ruangan di dalam Makmal Komputer Sekolah? 

Rujuk gambar di bawah

15. Bagaimanakah ingn menukar koordinat sekolah...?

16. Perlukah rumah pam air direkodkan dalam infrastruktur...? 

Ya Perlu;


17. Sekolah ada Bilik Darjah 3 Bay yang dibahagikan kepada dua untuk kegunaan Kelas Pendidikan Khas (1 Bilik Darjah diletakkan partition secara kekal). Adakah perlu tagging bilik darjah tersebut sebagai 1 Bilik Darjah 3 bay (kegunaan ruang Pendidikan Khas) atau tagging 2 bilik Pendidikan Khas...? 

Tag sebagai Bilik Darjah Kurang 3 Bay untuk setiap kelas


Tag sebagai 1 Bilik Darjah Pendidikan khas 3 Bay Ubahsuai Kekal, walaupun ada 2 kelas.

*  Jika keluar ralat ia adalah Ralat Benar 


18. Bagaimana pengisian Gazebo dalam EMIS...? (Contoh disertakan)

Tidak perlu isi Gazebo atau pondok bertiang kayu, strukturnya yang boleh dipindah tempat @ tidak kekal


19. Apakah maksud laluan pejalan kaki berbumbung (Gajah Menyusur)? 

Bangunan berbumbung, bertiang dan berlantai yang menyambungkan antara 2 blok. 

20. Apakah maksud aras bangunan sekolah...? 

Rujuk gambar di bawah;

21. Apakah yang dimaksudkan dengan Dewan Terbuka...? 

Bangunan yang berbumbung, bertiang dan berlantai. Berdiri sebagai 1 bangunan sendiri. 

22. Apakah yang dimaksudkan Ruang Serbaguna ...? 

Satu ruang dalam Sesebuah Blok. Pelbagai aktiviti yang sesuai boleh dijalankan di situ. 

23. Bolehkah masukkan maklumat Tangki pada aras bumbung...? 

Boleh, nyatakan saiz tangki tersebut.

24. Adakah bahagian dapur dan tandas di Prasekolah perlu diisytihar secara berasingan...? 

Dapur tidak perlu didaftarkan kerana bangunan Prasekolah merangkumi dapur. Manakala, tandas, bilik darjah dan stor perlu didaftar berasingan.   

25. Sekiranya kerusi meja yang tiada jenama, apakah yang perlu diisi...? 

Jika tiada jenama, isi Jenis Material Kerusi tersebut. Contoh: Kayu/Kusyen atau tulis No Brand. 

26. Sekolah mempunyai bilangan Bilik Darjah Perdana meragukan berdasarkan purata jumlah murid perdana dalam satu bilik darjah. 

Purata jumlah murid perdana (tidak termasuk Pendidikan Khas) di dalam satu bilik darjah meragukan;

Contoh:
Dalam Modul Sekolah ada menu Enrolmen untuk semak Enrolmen Sekolah (Data APDM).
Boleh semak kenapa bilangan murid sesi petang dan pagi dalam Semak Ralat tidak sama dengan keadaan sebenar di sekolah. Sekolah ini ada 7 kelas tahun 6 diletakkan di sesi petang. Betulkan sesi kelas di APDM


27. Sekolah tiada kantin atau mempunyai bilangan kantin yang meragukan (Lebih daripada 3) 

Buat pembetulan bilangan kantin di dalam modul Infrastruktur. Jika sekolah tiada kantin atau ada lebih daripada 3, sila sahkan benar pada tindakan sekolah. 

28. Sekolah tiada Makmal/Bilik Komputer atau bilangan Makmal/Bilik Komputer meragukan (Lebih daripada 3) 

Kebiasaannya, Makmal Komputer ada 3 bilik utama iaitu Stor, Bilik Server dan Bilik Persediaan Guru.

Perlu nyatakan Jenis Bilik  seperti berikut:

29. Persoalan Asrama;

A001: Sekolah asrama, tetapi tiada bilik asrama
A002 : Sekolah asrama, tetapi tiada maklumat tanah digunakan untuk asrama
A003 : Sekolah asrama, tetapi tiada katil, tilam, bantal atau almari


Langkah:
1. Semak di Modul Sekolah  > Bangunan
2. Jika tiada Kawasan Asrama > Tambah Blok Asrama dan lengkapkan maklumat yang diperlukan

30. Persoalan berkaitan Astaka;


31. Sekolah memiliki blok kediaman. Ada satu kediaman tidak digunakan. Atas keperluan, sekolah terpaksa gunakan blok tersebut untuk 4 Kelas PPKI. Permohonan untuk tukar kefungsian belum mendapat kelulusan. Jadi, apa yang perlu dilabelkan pada blok kediaman tersebut...? 

32. Jika PGB bersara, PK menjalankan tugas PGB di sekolah, bagaimanakah dengan ID dan Passowrd PGB sekolah...? 

33. Bagaimana hendak mendapatkan ukuran tepat bilik/ruang ukuran tinggi dinding untuk bangunan sekolah...? 

34. Sekolah dibina, satu bahagian bangunan berbumbung, namun tiada dinding dan ia bersambung dengan kantin dan blok PDPC. Ia digunakan untuk perhimpunan dan beberapa aktiviti berkumpul. Fungsinya seperti dewan terbuka. Jadi apa yang perlu didaftarkan...? 

Aras 1 : Jenis Bilik : Ruang Serba Guna

Aras 2 : Bumbung

35. Untuk asrama, apakah jenis bilik kita hendak tagging...? 

Jenis Bilik ; S506 : Ruang serbaguna (ikut pelan) 

36. Makmal Sains Am, jika ditagging sebagai Makmal Sains Am Menengah Atas akan keluar ralat. Jadi apa sebenarnya perlu ditagging...? 

Tagging sebagai Makmal Sains Am Menengah Rendah. Ini kerana pelajar menengah atas boleh menggunakan Makmal Fizik, Makmal Biologi dan Makmal Kimia 

37. Pengisian bagi tandas; Adakah diisi secara keseluruhan atau diasingkan setiap bilik dalam tandas itu...?

Isi sebagai 1 tandas sahaja. Kemudian isi item fizikal untuk setiap tandas. Contoh; bilangan pintu tandas, bilangan tandas cangkung, duduk dan sebagainya 

38. Jika Blok Bangunan berbentuk U atau 4 segi bersambung. Adakah dikira 1, 3 atau 4 blok...? 

Bagi bangunan yang bersambung, setiap Blok perlu didaftarkan sebagai Blok yang berbeza.

39. Bagaimanakah hendak mewujudkan Blok Menara Tangki Air? 

Blok : Menara Tangki Air
Aras 1 : Ruang Penyeggaraan
Aras 2 :
Jenis Bilik: T012, Kod : Tangki

  * Jika keluar ralat, tick Ralat Disahkan Benar. Sila tulis Catatan: Tiada Bumbung