INFORMATION CENTRE EMIS (ICE)
RUJUKAN GURU DATA DAN MAKLUMAT(27.03.2026)INFORMATION CENTRE EMIS (ICE)
RUJUKAN GURU DATA DAN MAKLUMAT(27.03.2026)SURAT PELAKSANAAN KUTIPAN EMIS TAHUN 2025 (ΚΡΜ.100-15/2/81 JLD4 (99). 08 Januari 2025)
SURAT PELAKSANAAN KUTIPAN EMIS TAHUN 2024 (KPM.100-6/1/13 JLD 8 (71). 05 Januari 2024)
SURAT PELAKSANAAN KUTIPAN EMIS TAHUN 2023 (KPM.100-6/1/13 JLD 7 (39). 18 Januari 2023)
SURAT PELAKSANAAN KUTIPAN EMIS TAHUN 2022 (KPM.100-15/2/81 JLD2 (29). 26 Januari 2022)
BENGKEL PENGURUSAN DATA EMIS SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH SIK BIL.1 TAHUN 2024
MANUAL PENGISIAN EMIS SEKOLAH DAERAH SIK 2023 - ZAKARIA JAYUS
TAKLIMAT PENGOPERASIAN PENGURUSAN DATA SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN PENDIDIKAN (EMIS) TAHUN 2023 SECARA DALAM TALIAN - 18.01.2023
Borang Maklumat Guru Data Maklumat : https://forms.gle/47doYsWJmWtZwLo89
Kehadiran : https://forms.gle/RXmVmk4nhLPteSVC7
Bahan Pembentangan dan Dokumen Rujukan : https://tinyurl.com/s4pdjpnk
Pautan rakaman taklimat pagi tadi : https://tinyurl.com/taklimatgurudatakedah2023
Q : Adakah GDM perlu tunggu proses pengesahan koordinat daripada EPRD sebelum membuat pengesahan data EMIS bulanan?
A : Pengesahan koordinat tidak memberi kesan kepada pengesahan bulanan. Pengesahan bulanan boleh dilaksanakan seperti biasa.
Q : Di mana lokasi koordinat sekolah perlu diletakkan? Adakah di atas bangunan pejabat, @ di depan pagar sekolah, @ dimana-mana dalam kawasan sekolah?
A : Di mana-mana kawsan sekolah tapi yang paling baik adalah di dalam pagar bahagian depan sekolah.
Q : Pada bahagian mana untuk sahkan koordinat sekolah dalam EMIS sekolah?
A : Di profil am. Ada koordinat. Klik pada butang sah pada bahagian bawah untuk pengesahan.
Q : Apakah langkah-langkah untuk Pengesahan Koodinat?
A : 1. Klik Sahkan Koordinat
2. Masukkan no ic GDM dan sahkan
Q : Bagaimanakah cara-cara untuk mohon Ubah Koordinat?
A : 1. Double Click di lokasi yang betul (pejabat sekolah).
2. Klik Mohon Ubah Koordinat
3. Masukkan no ic GDM dan sahkan
Q : Selepas EPRD buat semakan dan sahkan koordinat, apakah tindakan GDM seterusnya?
A : GDM perlu buat pengesahan koordinat yang telah disahkan oleh EPRD dengan cara klik butang SAH koordinat.
Q : Bagaiman nak setkan ID dan password penyandang pengetua kerana sekolah tiada pengetua dan perlu disandang oleh PK1.
A : 1. Dalam eOperasi,PK1 perlu tagging menjalankan tugas Pengetua.
2. Reset pw PGB.
3. LOGIN ID : PGBKODSEK. cth : PGBKEA8011.
4. PW. Default :12345678
Q : Adakah bilik prasekolah yang rosak dan tidak digunakan perlu dipadam dalam EMIS kerana murid prasekolah menumpang bilik lain?
A : Bilik prasekolah mesti dikekalkan dalam EMIS dan data tidak boleh dihapuskan selagi tiada pembinaan baru.
Q : Siapakan PIC peralatan PPSMI?
A : Peralatan PPSMI di bawah tanggungjawab guru ICT dan guru ICT perlu laksanakan pelupusan.
Q : Siapakah admin bagi IDME di sekolah?
A : Guru Data dan Maklumat
Q : Apa maksud luas kawasan lapang yang perlu diisikan pada maklumat kawasan?
A : Luas kawasan yang boleh digunakan sekiranya perlu dibina bangunan baharu.
Q : Adakah kawasan padang sekolah diaktegorikan sebagai kawasan lapang?
A : Ya
Q : Di mana boleh dapatkan no. Daftar Premis Aset (DPA) ?
Rujukan pada data EMIS online sekolah pada bahagian PENGURUSAN SEKOLAH
Q : Adakah sesuatu peralatan itu perlu didaftarkan dalam EMIS sekiranya tiada dalam senarai pilihan daftar peralatan EMIS?
A : Tidak perlu daftar
Q : Bagaimana jika bangunan yang tiada maklumat tahun siap bina?
A : Kalau sekolah tiada rekod dan tidak tahu, letak "0".
Q : Adakah bangunan yang dah lulus pemutihan tu kena ubah nama ikut kelulusan?
A : Ya. Ubahsuai kekal.
Q : Macam mana penggredan sekolah ditentukan dalam EMIS?
A : Penggredan ditentukan oleh BPSM
Q : Apakah pilihan yang tepat bagi pendaftaran bagi meja dalam makmal bio,fizik,kimia?
A : Meja Kerja Bengkel. Tiada Meja Makmal Sains dalam senarai peralatan EMIS
Q : Adakah bilik guru ICT dalam makmal komputer ditagging sebagai pejabat guru?
A : Ya. Bilik guru dikira sebagai Pejabat Guru
Adakah bangunan yang tidak dapat kelulusan semasa pemutihan perlu didaftarkan dalam EMIS?
A : Binaan tanpa kelulusan tidak perlu didaftar dalam EMIS. Anggap tiada.