Pentaksiran Kompetensi dan Literasi tahun 2026 (PKL26) bagi Literasi Saintifik, Matematik, Bacaan dan Kewangan akan dilaksanakan di seluruh negara. Objektif pelaksanaan PKL adalah untuk mengukur keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dalam bilik darjah melalui Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) murid yang mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan pemikiran aras tinggi dari ilmu yang dipelajari dalam kehidupan harian murid. PKL juga merupakan salah satu aktiviti sokongan dalam menyediakan murid Malaysia bagi menduduki pentaksiran antarabangsa.
Penyelaras PKL dimohon untuk membantu menguruskan pentadbiran PKL secara tersusun dan sistematik mengikut garis masa yang ditetapkan. Semoga usaha kita semua dimudahkan dan pelaksanaan pentaksiran dapat berjalan dengan lancar.