Sejarah Sekolah
Bermulanya...
SK Damansara Damai 1 merupakan sebuah sekolah yang dibina di dalam kawasan perumahan yang terletak di Damansara Damai yang merupakan sebahagian dalam daerah Petaling Jaya, Selangor. Damansara Damai dibuka di atas tanah berkeluasan 2.5857 Hektar (6.389 Ekar) yang asalnya dimiliki oleh komuniti orang asli dari suku Temuan.
Pembukaan Damansara Damai sebagai kawasan perumahan telah menjadi titik mula pembinaan SK Damansara Damai 1. Pemaju Medan Prestasi Sdn. Bhd. yang merupakan anak syarikat kepada MK Land telah dipertanggungjawabkan untuk pembinaan SK Damansara Damai 1 di bawah seliaan Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Utama (PPD PU). Penyerahan secara rasmi oleh pihak kontraktor kepada pihak pentadbir sekolah telah dibuat pada Disember 2003.
Kini, SK Damansara Damai 1 telah berkembang dan menjadi antara sekolah terbesar dengan murid seramai hampir 2000 orang dengan kekuatan guru dan staf seramai 130 orang.
Selayang Pandang...
Wajah SK Damansara Damai 1 pada awal-awal pembukaannya pada tahun 2003. SK Damansara Damai 1 dibina bersama dengan SMK Damansara Damai dengan konsep 'bangunan gunasama'. SK Damansara Damai 1 dan SMK Damansara Damai secara teknikalnya berkongsi insfrastruktur dewan dan juga padang. Dewan dibawah jagaan SMK Damansara Damai dan padang dibawah jagaan SK Damansara Damai 1. SK Damansara Damai 1 dilengkapkan dengan 4 blok bangunan empat tingkat, dua buah makmal komputer, pusat sumber, bilik tayangan, kedai buku, bilik rawatan sakit, bilik Pengurusan data,bilik SPBT, bilik sains , bilik J-Qaf, bilik pemulihan, sebuah dewan serbaguna, sebuah kantin dan padang berumput 2.3 hektar.
Barisan Guru Besar...
Kecemerlangan sesebuah sekolah pastinya tidak akan terjadi tanpa pentadbir yang mantap. Berikut adalah senarai Guru Besar yang telah memacu kecemerlangan SK Damansara Damai 1 sejak awal pembukaannya:
LIM SIEW BIAN
2003 - 2004
KHADIJAH BT. UDIN
2004 - 2008
KHAMARIAH BT. MOHD DAWAM
2008 - 2010
MOHD MOHRADI B. MOHD DALIAS
2010 - 2016
GHAZALI B. OTHMAN
2016 -2021
Kenangan warga pendidik...
SK Damansara Damai 1 mendedikasikan ruangan ini sebagai kenangan warga pendidik yang pernah bersama memacu kecemerlangan anak-anak Damai 1 ke tahap lebih tinggi. Datang dan pergi kalian pastinya menjadi satu kenangan yang abadi. Semoga kalian terus berjaya di mana jua kalian berkhidmat menabur bakti untuk anak-anak harapan bangsa.