ROBOMISSION ROOKIE PRIMARY SCHOOL
ROBOMISSION ROOKIE PRIMARY SCHOOL
TARIKH-TARIKH PENTING
PERTANDINGAN ROBOMISSION ROOKIE PRIMARY SCHOOL
Dibuka kepada sekolah rendah melalui surat jemputan SAHAJA.
Pendaftaran pertandingan RoboMission Rookie Primary School adalah PERCUMA.
Penginapan dan makan minum tidak disediakan sepanjang PedaTEd2026.
Satu pasukan mestilah terdiri daripada 3 orang murid.
Setiap pasukan dibimbing oleh seorang guru (mentor).
Kumpulan umur bagi Robomission Rookie Primary School ialah murid sekolah rendah berumur 10–12 tahun (sesi 2026: lahir pada tahun 2016–2018).
Peraturan pertandingan adalah mengikut peraturan Pertandingan Robotik Kebangsaan 2026 Kategori Robomission Rookie Primary School. Sila KLIK DI SINI untuk dapatkan peraturan dan maklumat berkenaan.
Tentatif program bagi pertandingan Robomission Rookie Primary School:
KEPUTUSAN ROBOMISSION ROOKIE PRIMARY SCHOOL
Pasukan akan diberi kedudukan (ranking) berdasarkan jumlah gabungan dua (2) pusingan markah tertinggi daripada tiga (3) pusingan pertandingan, diikuti dengan masa terpantas yang direkodkan dalam pusingan tersebut.
Semua keputusan adalah muktamad!
ANUGERAH ROBOMISSION ROOKIE PRIMARY SCHOOL
Anugerah akan diberikan kepada 3 pasukan terbaik.
Setiap pasukan akan menerima sijil dan pingat berdasarkan prestasi dalam pertandingan:
⮚ Pingat Emas dan Sijil Pencapaian
⮚ Pingat Perak dan Sijil Pencapaian
⮚ Pingat Gangsa dan Sijil Pencapaian
Untuk sebarang pertanyaan mengenai pertandingan, sila hubungi:
Dr Hu Laey Nee di talian 0198149386
Pn. Victoria Anak Buda di talian 0138951749
atau melalui e-mel pedatedzsarawak26@gmail.com
Pihak penganjur berhak untuk membuat sebarang pindaan tertakluk kepada keputusan muktamad jawatankuasa penganjur.