MISI
MATLAMAT
Matlamat pendidikan sekolah rendah adalah untuk memastikan perkembangan potensi murid secara menyeluruh, seimbang dan sepadu. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia.
OBJEKTIF
Bagi mencapai matlamat tersebut, pendidikan di peringkat rendah bertujuan untuk membolehkan murid murid:
Menguasai Bahasa Melayu sesuai dengan kedudukannya sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi negara.
Menguasai kemahiran asas berbahasa iaitu bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa pangantar sekolah.
Memguasai asas yang kukuh dalam kemahiran mengira dan menggunakannya dalam menyelesaikan masalah harian.
Menguasai kemahiran belajar.
Menguasai kemahiran berfikir.
Bertutur, membaca, menulis dan memahami Bahasa Inggeris selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua.
Memperolehi ilmu pengetahuan dan berusaha menambahnya.
Membina daya kepimpinan dan daya keyakinan diri.
Mempunyai pengetahuan, kefahaman, minat serta kepekaan terhadap manusia dan alam sekitar.
Menguasai kemahiran saintifik dan teknikal.
Memahami, meminati, menikmati dan menyertai aktiviti-aktiviti amal, kesenian dan rekreasi dalam lingkungan kebudayaan nasional.
Menjaga kebersihan, kesihatan dan kecergasan diri.
Menguasai kemahiran membaca, menghafaz dan memahami pengertian ayat-ayat tertentu dalam Al-Quran bagi murid Islam.
Meyakini asas-asas keimanan, mengerjakan amal ibadat dan mengamalkan akhlak mulia.
Membina semangat patriotisme.
Mengembangkan bakat dan kreativiti.
Mengamalkan sikap dan perlakuan yang berpandukan nilai-nilai dan menjadikannya asas bagi amalan hidup.