MyStella@One Stop Centre dibangunkan untuk mengumpulkan semua dokumen secara Digital yang merangkumi semua bidang seperti Pengurusan Sekolah, Pengurusan Kurikulum, Pengurusan Hal Ehwal Murid dan Pengurusan Kokurikulum. Carian maklumat atau dokumen di MyStella OSC bukan sahaja digunakan dalam kalangan guru, dan staf sokongan malah Laman Sesawang ini boleh juga diakses oleh ibu bapa/penjaga dan pelawat-pelawat daripada luar SK Stella Maris (M), Kota KInabalu.
MyStella OSC ini di uruskan oleh Unit ICT & Multimedia SKSM. Inisiatif ini adalah merupakan idea untuk mengumpulkan semua bahan-bahan berkaitan dengan bidang-bidang di SKSM, di mana kebitaraannya ialah dalam bidang ICT dan Digital. Kewujudan MyStella OSC ini diharapkan dapat membantu dan memudahkan semua pihak mencari maklumat atau mencapai borang-borang digital yang telah dan akan digunakan dalam pengurusan dan pentadbiran di SKSM.
Selamat Maju Jaya
"SKSM Kesepakatan Membawa Keberhasilan"