Sambutan "World Ocean Day (WOD)" atau Hari Lautan Sedunia disambut 8 Jun setiap tahun, seperti ditetapkan oleh Mesyuarat Agung PBB pada 5 Disember 2008. WOD adalah sambutan dan kerjasama antarabangsa untuk masa depan yang lebih sihat bagi lautan kita. Seluruh dunia bersatu dalam meningkatkan kesedaran tentang peranan penting dimainkan lautan serta melindungi hidupannya.
Tema Hari Lautan Sedunia tahun ini iaitu, "One Ocean, One Climate, One Future - Together" (Satu Lautan, Satu Iklim, Satu Masa Depan - Bersama); menuntut setiap seorang dari penduduk bumi untuk menunjukkan keprihatinan terhadap masa depan lautan sedunia. Masyarakat dunia diseru untuk sama-sama memperjuangkan isu lautan dan kepentingannya bagi memberi semangat dan keyakinan bahawa suara ramai dapat menembusi tembok politik yang memandang sepi isu lautan.
Selaras dengan Sambutan Hari Laut Sedunia yang disambut 8 Jun setiap tahun di seluruh dunia, Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Pulau Pinang (PPMNPP) dengan kerjasama Team “Messenger of Peace (MoP)” akan menganjurkan tiga program utama berkaitan Pemuliharaan Laut iaitu “Kuiz Hari Lautan Sedunia (WOD), Pertandingan Mewarna WOD dan Pertandingan "Doodles Art WOD" yang bermula dari 8 hingga 15 Jun 2023 bertempat di rumah sendiri menggunakan aplikasi Google Platform, Facebook, WhatsApp dan Telegram. Selamat menerokai alam lautan. Terima kasih.