MAIN SITE
Kumpulan Sokongan lbu Bapa (KSIB) / The Parent Support Group (KSIB)
Kumpulan Sokongan lbu Bapa (KSIB) adalah Jawatankuasa Kerja dalam Persatuan lbu Bapa dan Guru (PIBG) yang berperanan sebagai saluran kerjasama dan komunikasi bagi merapatkan hubungan antara ibu bapa, murid, sekolah, alumni, komuniti, agensi awam dan swasta. Mereka memastikan pelibatan KSIB dalam membantu merealisasikan Anjakan ke-9 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia {PPPM) 2013-2025, iaitu bekerjasama dengan lbu Bapa, Komuniti dan Sektor Swasta secara meluas berpandukan Perlembagaan PIBG yang sedia ada.
The Parent Support Group (KSIB) is the Working Committee in the Parent-Teacher Association (PIBG) that serves as a channel for cooperation and communication to strengthen the relationship between parents, students, schools, alumni, the community, and public and private agencies. They ensure the involvement of KSIB in realizing Shift 9 in the Malaysia Education Development Plan (PPPM) 2013-2025, which involves extensive collaboration with parents, the community, and the private sector, guided by the existing PIBG Constitution.
Mewujudkan rangkaian dan jalinan antara ibu bapa untuk sating belajar dan berkongsi amalan terbaik bagi membantu pembelajaran anak.
Mewujudkan sokongan berterusan terhadap aktiviti pembelajaran anak.
Membantu pihak sekolah melaksanakan aktiviti sokongan Pengajaran dan Pembelajaran berpandukan Perlembagaan PIBG sedia ada (di dalam dan di luar bilik darjah).
Menjadi pengantara (mediator) antara ibu bapa dengan pihak pentadbir sekolah untuk menangani isu atau permasalahan murid dengan memahami proses pembelajaran (kurikulum, kokurikulum, sahsiah dan potensi mu rid, disiplin dan lain-lain).
Membantu pihak sekolah daripada aspek perkongsian maklumat, pandangan, sumber dari segi pembangunan , keselamatan, kebajikan, kewangan dan tanggungjawab sosial.
Memberikan kesedaran kepada ibu bapa bahawa hasil pelibatan mereka ke sekolah akan menyaksikan penambahbaikan yang ketara dan lestari dalam pengalaman pendidikan anak-anak.
Menjadikan ibu bapa merasakan mereka sebagai rakan kongsi strategik di sekolah dalam membantu pembelajaran anak.
1. Establish a network and connection among parents to support learning and share best practices to aid in their child's education.
2. Provide continuous support for children's learning activities.
3. Assist the school in implementing supportive teaching and learning activities based on the existing PIBG Constitution (both inside and outside the classroom).
4. Act as a mediator between parents and school administrators to address issues or problems faced by students, with an understanding of the learning process (curriculum, co-curriculum, student's character and potential, discipline, etc.).
5. Assist the school in terms of sharing information, perspectives, resources, development, safety, welfare, finances, and social responsibility.
6. Raise awareness among parents that their involvement in school will lead to significant and sustainable improvements in their children's educational experience.
7. Enable parents to perceive themselves as strategic partners in the school, assisting in their child's learning process.
Biro ditubuhkan di bawah AJK PIBG yang dilantik semasa Mesyuarat Agung PIBG.
Biro Akademik
Biro Keceriaan
Biro Kokurikulum dan Sukan
Biro Pembangunan Sahsiah Murid
Biro Maklumat
Biro Keselamatan dll.
The establishment of the Bureaus is done under the PIBG Committee appointed during the PIBG Annual General Meeting.
1. Academic Bureau
2. Welfare Burea
3. Co-curricular and Sports Bureau
4. Student Character Development Bureau
5. Information Bureau
6. Safety Bureau
Ahli Biro KSIB: Ahli yang dilantik secara rasmi atau yang menawarkan diri secara sukarela dalam kalangan ahli PIBG
Sukarelawan KSIB: Ahli PIBG yang berminat dan secara sukarela dapat menyumbangkan kemahiran, kepakaran, tenaga dan kewangan dalam aktiviti sekolah dan PIBG.
Rakan KSIB (bukan ahli PIBG): lndividu yang mewakili komuniti, agensi kerajaan, agensi swasta, alumni sekolah, Organisasi Bukan. Kerajaan (NGO) atau mana-mana indivldu yang berminat dan mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu, berpotensi dalam membantu meningkatkan kecemerlangan murid dan sekolah.
KSIB Bureau Members: Members who are officially appointed or who volunteer from among the PIBG members to serve in the KSIB Bureau.
KSIB Volunteers: PIBG members who are interested and voluntarily contribute their skills, expertise, time, and financial resources to school and PIBG activities.
KSIB Partners (Non-PIBG members): Individuals who represent the community, government agencies, private agencies, school alumni, Non-Governmental Organizations (NGOs), or any interested individuals who possess expertise in specific fields and have the potential to contribute to the excellence of students and the school.
Biro KSIB
• Mengetuai, merancang dan melaksanakan aktiviti KSIB dengan kerjasama ahli Biro KSIB
• Membentangkan perancangan aktiviti KSIB dalam Mesyuarat Jawatankuasa PIBG dan melaksanakan perancangan yang telah dipersetujui.
• Mengenal pasti sukarelawan dan Rakan KSIB yang berpotensi bagi memastikan KSIB berfungsi dengan efektif.
• Membentangkan pelaporan aktiviti KSIB dalam Mesyuarat Jawatankuasa PIBG.
Ahli Biro KSIB
• Bersama-sama merancang aktiviti mengikut keperluan sekolah dan lokasi setempat.
• Mengenalpasti sukarelawan, agensi-agensi kerajaan dan swasta yang berminat untuk membantu pelaksanaan aktiviti KSIB.
• Mewujudkan jaringan dan jalinan sosial antara ahli PIBG, masyarakat setempat, agensi berkaitan dan sektor swasta bagi mendapatkan sokongan dalam melaksanakan aktiviti KSIB dan sekolah.
Sukarelawan KSIB
• Membantu mengenalpasti agensi-agensi kerajaan dan swasta yang berminat membantu pelaksanaan aktiviti di sekolah.
• Membantu mewujudkan jaringan dan jalinan sosial antara ahli PIBG, masyarakat setempat, agensi berkaitan dan sektor swasta bagi mendapatkan sokongan dalam pelaksanaan aktiviti di sekolah.
Rakan KSIB
• Menawarkan diri untuk bersama-sama membantu KSIB melaksanakan aktiviti yang telah dirancang.
• Membantu usaha-usaha menambahkan sumber kewangan.
• Menyumbangkan tenaga dan idea dalam membantu meningkatkan kecemerlangan sekolah.
KSIB Bureau:
- Lead, plan, and implement KSIB activities in collaboration with KSIB Bureau members.
- Present KSIB activity plans in the PIBG Committee Meetings and execute the approved plans.
- Identify potential volunteers and KSIB Partners to ensure effective functioning of KSIB.
- Present activity reports of KSIB in the PIBG Committee Meetings.
KSIB Bureau Members:
- Collaboratively plan activities according to the school's needs and local context.
- Identify volunteers, government agencies, and private organizations interested in assisting with KSIB activities.
- Establish social networks and connections among PIBG members, the local community, relevant agencies, and the private sector to garner support for KSIB and school activities.
KSIB Volunteers:
- Assist in identifying government agencies and private organizations interested in supporting the implementation of activities at the school.
- Assist in establishing social networks and connections among PIBG members, the local community, relevant agencies, and the private sector to support the implementation of activities at the school.
KSIB Partners:
- Offer their voluntary assistance in implementing planned KSIB activities.
- Assist in fundraising efforts.
- Contribute their time and ideas to help enhance the school's excellence.