Bahawa kami warga SK Bukit Bandaraya berjanji untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan kami seperti berikut:-
MURID :
• Memberi pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti kepada setiap murid secara adil dan saksama.
• Memastikan semua murid yang mendaftar di sekolah ini mendapat layanan yang adil dan sama rata
• Memastikan semua murid yang belajar di sekolah ini sentiasa dalam selamat.
• Memastikan semua murid mengamalkan budaya sihat dan sentiasa berbudi bahasa tinggi.
• Sentiasa mengambil berat terhadap murid yang bermasalah tanpa mengira latar belakan mereka.
GURU DAN KAKITANGAN :
• Setiap guru dan kakitangan sekolah menerima latihan dalaman dalam bidang masing-masing sekurang-kurangnya dua kali setahun
WARIS:
• Setiap waris murid yang berurusan dengan sekolah akan dilayan secara adil dan sama rata
• Setiap aduan akan disiasat dan maklum balas akan diberi tidak lebih dari 7 hari bekerja.
• Setiap cadangan/usul yang baik dan munasabah akan dibincang dalam mesyuarat AJK PIBG
STAKE HOLDER :
• Memastikan setiap arahan dan permohonan dari JPN / KPM mendapat tindakan segera selepas surat/arahan diterima.
Sekiranya anda tidak berpuashati dengan perkhidmatan yang diberi sila berjumpa terus Guru Besar atau hubungi melalui talian 03 – 20950162