Mari berhenti sejenak untuk memikirkan apa yang baru kita baca dalam komik Juriah. Sila tulis jawapan anda di bawah.
Aktiviti 2B: Mari Temu Ramah!
Cari 3 orang dan tanya mereka mengenai:
- Satu berita palsu mengenai Covid-19 yang dulu mereka percayai atau pernah dengar.
- Dari mana mereka terdengar berita itu?
- Apakah perasaan mereka ketika mendengar berita itu?
- Apakah berita sebenarnya?
- Bagaimana mereka mengetahui berita yang sebenar?
Kemudian tulis respon mereka di bawah. Anda juga boleh mengambil gambar atau video mereka, atau melukis wajah mereka. Satu contoh telah disediakan untuk rujukan anda:
TIP-TIP!
Tuliskan nama penuh, umur, pekerjaan dan tempat mereka tinggal.
Sekiranya anda melakukan aktiviti ini di sekolah, ELAKKAN menemu ramah seseorang yang sudah dua kali ditemu ramah.
Ambil gambar diri anda sebagai wartawan!
Isikan borang di bawah setelah anda menyiapkan Aktiviti 2B.
Aktiviti 2C: Hebahkan!
Ini giliran anda menjadi wartawan muda seperti Juriah!
Tugasan anda:
Hasilkan sebuah pengumuman untuk kongsikan dan beri kesedaran kepada rakan-rakan, warga sekolah dan keluarga anda tentang "Cara-cara Mengenal pasti Berita Palsu COVID-19".
Format:
Anda boleh membuat poster, hantaran bergambar di Facebook, Instagram, mesej Whatsapp, cerita, komik, video pendek, atau sebarang cara yang dapat menarikperhatian audiens anda.
Hasil kerja anda perlulah mengandungi:
a) Kisah benar daripada 2 orang tentang bagaimana mereka mendapat tahu bahawa 'berita' yang diterima adalah palsu. (Gunakan temu ramah di Aktiviti 2 untuk membantu anda.)
b) 3 tip atau nasihat untuk mengenalpasti kebolehpercayaan maklumat COVID-19.
c) Kreativiti!
PERSEDIAAN
Langkah 1: Pilih cara/format untuk bentangkan pengumuman anda.
Langkah 2: Pilih 2 cerita dari Aktiviti 2 untuk dimasukkan ke dalam pengumuman anda. (Pilih cerita yang paling menarik/ dramatik/ menarik perhatian/ lucu)
PENYELIDIKAN
Langkah 3:Tulis 3 tip tentang cara menyemak sama ada sesuatu maklumat tentang COVID-19 adalah benar atau palsu. Anda boleh bincang dengan rakan anda untuk mendapat lebih idea atau rujuk komik Juriah.
HASILKAN
Langkah 4: Hasilkan pengumuman kreatif yang menarik. Gunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris. Jika anda ingin menggunakan bahasa tempatan seperti Bahasa Kadazan, Bahasa Mandarin, Bahasa Tamil dan sebagainya, sila sertakan terjemahan Bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia supaya lebih ramai orang faham.
HANTAR
Langkah 5: Hantar pengumuman kepada guru anda. Hasil kerja anda mungkin akan dipamerkan semasa sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia nanti.
Semoga berjaya! :)
*Sila tag guru dan Arus Academy jika anda kongsikan pengumuman anda di Facebook atau Instagram. Gunakan #suaragenerasicovid dan tag IG: @arusacademy, FB: @arusmalaysia
Isikan borang di bawah setelah anda menyiapkan Aktiviti 2C.
Tahniah! Anda telah sampai ke akhir Titik Perjalanan 2!
Adakah anda bersedia untuk pengembaraan kita seterusnya?