Seringkali maklumat di sekeliling kita ada kemungkinan sama ada ia benar atau palsu. Ramai orang tidak pasti kalau sesuatu perkara adalah fakta atau pendapat atau salah sama sekali.
Tahukah anda apa sebenarnya COVID-19 ataupun Coronavirus? Kenal pasti kenyataan-kenyataan di bawah dengan BENAR atau PALSU.
Di bawah terdapat satu quiz yang anda boleh cuba untuk ketahui kalau anda tahu maklumat yang mana ialah benar atau palsu.
Kenyataan 1:
COVID-19 adalah sejenis virus.
Kenyataan 2:
Virus adalah sama seperti bakteria.
Kenyataan 3:
Virus adalah sama seperti sel-sel dalam badan manusia. .
Sel manusia mempunyai pelbagai bentuk. Gambar di sebelah ini menunjukkan sejenis sel manusia yang tipikal.
Virus mempunyai pelbagai rupa. Gambar di atas menunjukkan coronavirus yang menyebabkan COVID-19. Coronavirus tidak boleh melalui proses mitosis. Ia memerlukan perumah untuk membiak. Setelah coronavirus berjaya masuk ke dalam badan manusia, ia akan mencari sel manusia.
Untuk memeriksa sama ada seseorang mempunyai COVID-19, mereka perlu menjalani ujian swab. Pegawai perubatan akan mengambil sampel dari hidung dan / atau mulut anda menggunakan putik kapas.
Setiap pegawai perubatan yang bertanggungjawab mengambil sampel dari orang wajib memakai perlindungan seperti gambar disebelah.
Apakah saiz virus dalam titisan dan bagaimanakah virus ini dapat masuk ke dalam badan kita?
Perlindungan yang dipakai ini diperbuat dari bahan apa? Bolehkah ia dicuci dan dipakai semula? Bayangkan memakai pakaian sebegini untuk berjam-jam.
Sampel di putik kapas itu kemudian akan dipindahkan ke slaid kaca dan akan diperhatikan di bawah mikroskop. Pegawai perubatan dapat melihat sel manusia dan virus.
Sumber: Berita Mediacorp
Sumber: The New York Times
Kita sudah tahu pelitup muka adalah penting untuk mengurangkan keberjangkitan COVID-19. Ketua Pengarah Kesihatan, Dato' Noor Hisham telah menyarankan agar semua memakai pelitup muka apabila berada di tempat awam.
TAPI ada pelbagai pelitup muka yang ada dalam pasaran. Bagaimana untuk tentukan sama ada pelitup muka yang dijual sesuai untuk digunakan?
Mari kita lihat jenis struktur pelitup muka yang terdapat dalam pasaran. Pilih pelitup muka yang sesuai untuk anda.
Hasilkan satu kempen media sosial yang berkesan untuk menggalakkan orang ramai memakai pelitup muka dengan menggunakan pelitup muka anda