Perjalanan ini mungkin akan mengambil masa beberapa jam, hari atau pun minggu. Pastikan anda jadualkan masa sebelum mula. Jangan terburu-buru.
Catat nota, informasi baru atau idea yang timbul sepanjang perjalanan anda.
Duduk di dalam bilik yang mempunyai cahaya yang mencukupi, duduk di atas kerusi yang selesa dan pastikan ada ruang untuk menulis.
Jangan terburu-buru. Fokus pada setiap topic, baca setiap ayat dan arahan, buat refleksi berdasarkan perjalanan dan rehat apabila perlu.
Anda perlu tahu makluman emel anda sebelum anda mula. Emel anda perlu digunakan untuk melengkapkan tugasan dalam perjalanan ini. Pastikan anda gunakan emel yang SAMA sepanjang program ini.
Borang Google/ Google form adalah cara utama untuk anda menghantar tugasan. Pastikan anda lengkapkan tugasan dalam Google Form sehingga anda nampak butang "Submit".
Padlet adalah aplikasi yang digunakan untuk berkongsi fikiran dan idea anda di ruang am. Anda boleh taipkan jawapan, kongsikan gambar, video, pautan dan rakaman diri sendiri.
Kembangkan, kembangkan, kembangkan! Jangan berikan jawapan 1 perkataan. Kembangkan jawapan anda. Ambil masa untuk mencari jawapan dalam diri anda.
Apabila anda dalam proses menjawab soalan, kaitkan dengan pengalaman dan perasaan anda sendiri. Jawab secara peribadi. Jangan takut untuk berkongsi sebagai diri anda sendiri.
Jika anda mendapati soalan-soalan yang diberikan adalah mencabar, jangan google jawapan melainkan soalan meminta anda untuk Google. Apabila anda Google jawapan, suara yang anda keluarkan tidak lagi suara yang asli. Kami mahu mendengar fikiran dan suara anda.