Lihat bagaimana aktiviti luar sudah berubah. Apakah perubahan terbesar yang boleh anda lihat? Apakah aktiviti luar yang paling anda rindui?
Sekolah sebelum ini adalah tempat kita berjumpa dengan rakan-rakan lain, belajar bersama, duduk bersama di waktu rehat dan main sukan bersama. Bagaimanakah situasi sekolah anda sejak pembukaan semula sekolah?
Tempat beribadat adalah tempat dimana penganut agama yang sama datang untuk melakukan ibadat bersama. Dalam norma baharu, tidak semua orang boleh melakukan ibadat berjemaah.
Melancong dan percutian adalah sesuatu yang ramai diantara kita yang nikmati. Terlalu banyak tempat baru untuk dilawat dan diterokai. Bagaimanakah COVID-19 telah mengubah pelancongan?