Laman Sesawang

Tujuan utama penubuhan laman sesawang ini adalah untuk memudahkan murid-murid saya mengakses bahan pembelajaran Matematik pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Di samping itu, ibu bapa juga boleh memantau perkembangan pembelajaran anak-anak mereka melalui kandungan yang disediakan. Laman ini turut dibuka kepada umum sebagai sumber rujukan pembelajaran, khususnya bagi subjek Matematik. Kandungan pembelajaran akan dikemas kini dari semasa ke semasa bagi memastikan maklumat yang dikongsi sentiasa relevan dan terkini. Saya berharap laman sesawang ini dapat memberikan manfaat serta memberi impak positif kepada semua pengguna yang mengaksesnya.