SYARAT PERTANDINGAN
PERTANDINGAN VIDEO KREATIF
SYARAT PERTANDINGAN
PERTANDINGAN VIDEO KREATIF
SPESIFIKASI UMUM
Pertandingan ini terbuka kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak, Pengakap Muda, Pengakap Remaja dan Pemimpin Pengakap yang berdaftar tahun 2023 Negeri Johor sahaja.
Video kreatif ini berdurasi 60 Saat.
Peserta pertandingan ini wajib memakai uniform pengakap, sekurang-kurangnya skaf Pengakap di dalam video.
Penyertaan secara individu
Penyertaan PERCUMA dan sijil penyertaan disediakan.
Tema video ini ialah ‘Saya Bangga Jadi Ahli Pengakap’
Tarikh penyertaan bermula pada 1 September 2023 hingga 30 September 2023 Jam 5 petang.
Video yang telah lengkap boleh dimuatnaik ke salah satu platform media sosial tiktok/instagram/facebook atau Youtube.
Video yang dimuatnaik wajib meletakkan #PengakapJohor #HariPengakapMalaysia2023 #SayaBanggaJadiAhliPengakap
Peserta perlu menetapkan tetapan video secara tontonan awam (public) dan boleh di kongsi agar mendapat tontonan dan sukaan yang banyak.
Peserta perlu mengisi borang pendaftaran (Google Form) yang di sediakan. Maklumat mestilah tepat dan kesilapan daripada pengisian maklumat tidak akan dilayan
Peserta wajib menyalin pautan video dari salah satu mana-mana platform media sosial ke dalam borang penyertaan. Hanya satu pautan sahaja perlu dimasukkan.
Peserta dibenarkan menghasilkan video kreatif dalam Bahasa Melayu sahaja.
Bahan video yang dihasilkan perlu mempunyai kualiti gambar dan audio yang baik serta jelas. Pengunaan KESAN KHAS dibenarkan mengikut kreativiti masing-masing.
Bahan Video kreatif yang dihasilkan hendaklah tidak menyentuh sensitiviti keagamaan, perkauman, politik atau merendahkan martabat mana-mana komuniti dan kumpulan tertentu serta tidak menyinggung mana-mana pihak.
SPESIFIKASI TEKNIKAL
Video mestilah berdurasi maksimum 60 saat dalam resolusi HD (1080p dan 720p)
Penyerahan video melebihi 60 saat markah tidak akan dikira.
Penyediaan rakaman video mestilah mengikuti syarat- syarat dan video mempunyai pengenalan maklumat seperti berikut :
i. Tajuk : Saya Bangga Jadi Ahli Pengakap
ii. Nama Peserta :
iii. Nama Sekolah :
iv. No Kumpulan Pengakap :
v. Daerah :
vi. No Keahlian Pengakap:
Video yang dihasilkan perlulah rakaman yang asli dan bukan yang disalin dari mana-mana sumber lain. Penyertaan akan dibatalkan sekiranya hasil karya yang dikemukakan tidak asli atau diplagiat serta gagal mematuhi syarat pertandingan.
Peserta boleh menggunakan peranti rakaman sendiri seperti telefon pintar, camcorder dan sebagainya.
video boleh dihasilkan dalam format di bawah:
§ Dokumentari
§ Nyanyian Dan Puisi
§ Sinematografi
§ Vlog
§ Drama Pendek
§ Montaj Gambar
§ Gaya Bebas
PENILAIAN, PENCAPAIAN DAN SIJIL
Peserta wajib memuat naik video yang lengkap di platform Tiktok / Instagram/Facebook atau Youtube
Peserta perlu mengisi borang pendaftaran dengan lengkap dan menyalin pautan video ke dalam pautan pendaftaran.
Tiada had penyertaan untuk pertandingan kategori Pengakap Kanak- kanak, Pengakap Muda, Pengakap Remaja dan Pemimpin Pengakap
Sijil penyertaan digital diberikan bagi setiap peserta yang memuat naik video.
KEPUTUSAN DAN KEHAKIMAN
Hakim yang dilantik dari kalangan pemimpin pengakap yang mempunyai kepakaran dalam bidang berkaitan
Keputusan panel hakim adalah muktamad. Sebarang bantahan tidak akan dilayan.
YURAN PENYERTAAN
Tiada sebarang bayaran dikenakan.
PUNCA KUASA PENGANJURAN
Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor.