PROFIL PPD SEBERANG PRAI TENGAH
PROFIL PPD SEBERANG PRAI TENGAH
Pendidikan Berkualiti,
Insan Terdidik,
Negara Sejahtera.
Melestarikan Sistem Pendidikan yang
Berkualiti untuk Membangunkan Potensi
Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara.
"THINK BIG, MAKE IT HAPPEN, DO IT TOGETHER"
Tanggal 1982, ialah detik bersejarah dimana ia merupakan tarikh penubuhan Pejabat Pelajaran Daerah Seberang Perai Utara Tengah (PPDUT) yang didirikan di Jalan Bagan Luar, Butterworth. Diterokai oleh mantan PPDUT, Tn. Hj. Zainal Abidin dengan kekuatan hanya 5 orang pegawai sahaja ketika itu.
Pada tahun 1984, Tn. Hj. Abu Hassan iaitu bekas Pengetua SMK Dato’ Onn telah mengambil alih jawatan PPDUT selepas persaraan Tn. Hj Zainal Abidin pada Januari 1984. Kakitangan PPDUT telah bertambah menjadi 6 orang pegawai dan 3 orang staf. Perkhidmatan PPDUT telah berpindah ke Jalan Tanah Liat, Bukit Mertajam pada awal tahun 1987.
1988, pucuk pimpinan PPDUT telah diambil alih oleh Tn. Hj. Abdul Halim sehingga tahun 1989, dan kemudiannya diteruskan oleh Tn. Hj. Zainudin bin Abd. Kadir pada tahun berikutnya.
Pada tahun 1999, sekali lagi Pejabat Pelajaran Daerah Seberang Perai Utara Tengah berpindah ke Padang Menora, Tasek Gelugor, P.Pinang. Perpindahan kali ini diteraju oleh PPDUT yang baru, iaitu Tn. Hj Mohd Husin. Beliau berkhidmat di PPD sehingga tahun 2002, sebelum PPDUT berpindah sekali lagi ke SMK Permatang Pasir pada tahun 2002.
Perpindahan ke SMK Permatang Pasir ini menjadi titik tolak bagi satu-satunya PPD wanita pertama yang mengambil alih pentadbiran PPDUT selepas persaraan Tn. Hj. Mohd Husin. Beliau yang dimaksudkan ialah Pn. Hjh Salmah binti Abd. Rahman (2002-2003).
Pada tahun 2003, Tn. Hj. Mohd Daud pula dilantik menjadi PPDUT menggantikan Pn. Hjh Salmah sehingga tahun 2006. Selepas itu, Tn. Hj Khalid bin Hj Ahmad meneruskan kepimpinan di PPDUT sehingga Jun 2010. Ketika dibawah pimpinanmya sekitar tahun 2008, PPDUT telah berpecah kepada dua PPD iaitu PPD Utara dan PPD Tengah.
Pada Julai 2010, Tn. Hj. Mohd Zaki bin Hj. Harun telah mengambil alih tempat Tn. Hj. Khalid sebagai PPD yang dilantik sebagai Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, JPN Pulau Pinang.
Walaubagaimanapun, Tn. Hj. Mohd Zaki sempat berkhidmat di PPD Tengah selama setahun sahaja, sebelum dilantik menjadi Ketua Sektor Pengurusan Akademik, JPN Pulau Pinang pada 1 Jun 2011.
PPD Seberang Perai Tengah diteraju oleh kepimpinan Tn. Hj. Shafie bin Hashim. Dengan kekuatan 42 orang pegawai dan 25 orang staf sokongan, PPD Seberang Perai Tengah semakin proaktif dalam menguruskan keperluan sekolah dan memastikan dasar-dasar kerajaan melalui saluran pendidikan dapat dilaksanakan di sekolah-sekolah dengan cemerlang dan berkesan sekali.
PPDSPT telah diterajui oleh Tn. Pauzi bin Hj. Omar bermula pada Julai 2014 sehingga 31 Ogos 2016.Kepimpinan beliau telah banyak membantu PPDSPT mencapai kejayaan cemerlang samada di peringkat sekolah-sekolah di daerah Seberang Perai Tengah mahupun di peringkat Pejabat Pendidikan Daerah.
Setelah persaraan Tn. Hj Pauzi PPD SPT diterajui oleh Tn. Syed Jaafar bin Syed Abdul Aziz bermula pada 14 Jun 2017 sehingga 1 Julai 2020. Jawatan Ketua Pegawai PPD dipangku oleh tuan Timbalan PPD Sektor Perancangan En. Mohd Fuad bin Mohd Khir sehingga 20 Januari 2020. Pada tanggal, 21 Januari 2021, Tn. Hj. Suhaimi bin Abdullah melaporkan diri sebagai Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Seberang Perai Tengah sehingga kini.
Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Prai Tengah,
Jalan Permatang Pasir, 13500 Permatang Pauh,
Pulau Pinang.
No. Telefon & Fax: 04-3976310
email: ppd.spt@moe.gov.my