PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KENINGAU
Apakah itu Pusat Sumber Sekolah?
Pusat Sumber Sekolah (PSS) merupakan pusat perkhidmatan akses maklumat bersepadu yang mengandungi pelbagai sumber pendidikan dalam bentuk bahan cetak, bukan cetak dan digital. PSS perlu diurus secara sistematik dan efisyen bagi tujuan memupuk tabiat membaca, literasi maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat selaras dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Secara asasnya Pusat Sumber Sekolah merangkumi :
Perpustakaan
Bilik ABM
Bilik APD
Makmal Komputer
Pusat Akses
Sudut/ruang yang disediakan didalam kawasan sekolah (taman ilmu, taman sains)
Pembangunan Pusat Sumber Sekolah adalah amat memerlukan kerjasama dan komitmen semua pihak dalam komuniti sekolah. Apakah halatuju pusat Sumber Sekolah di Malaysia? Program dan halatuju PSS di Malaysia adalah sejajar dengan perkembangan ICT masa kini. PSS kini bukan hanya terdiri daripada bahan cetak semata-mata (buku, surat khabar, jurnal, majalah) malah merangkumi bahan berbentuk elektonik dan digital (courseware, e-bahan, eduweb TV, e-book, audio book, e-jurnal,
newspaper online). Program dan halatuju PSS tidak boleh lari daripada dua dokumen berikut:
The School Library Manifesto: The school library in teaching and learning for all (IFLA/UNESCO 2000)
The IFLA/UNESCO School Library Guidelines (2002)
Kedua-dua dokumen ini menjadi asas kepada perancangan dan pembangunan PSS di Malaysia.
Apakah program utama Pusat Sumber Sekolah?
Terdapat dua program utama PSS iaitu program galakan membaca dan literasi maklumat. Semua aktiviti yang dirancang perlu menjurus ke arah pelaksanaan program ini. Bagi memastikan perancangan dan pelaksanaan program PSS diselaraskan, Surat Pekeliling Ikhtisas berikut perlu dipatuhi dan dijadikan panduan:
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.9/1983
Perpustakaan Sekolah bertarikh 27 Disember 1983
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.4/1988
Kegiatan Khas Bagi Tahun Pembaca 1988 bertarikh 20 Januari 1988
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.13/1998
Program Membina Tabiat Membaca bertarikh 22 Mei 1998
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.10/2000
Tahun Pusat Sumber Sekolah (PSS) bertarikh 20 April 2000
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.12/2001
Gerakan Membaca di Sekolah-sekolah Melalui Persatuan Perpustakaan Sekolah Peringkat Negeri bertarikh 19 November 2001
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6/2003
Dasar Penggunaan Media dan Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran bertarikh 28 Julai 2003.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/2005
Memantapkan Budaya Membaca Di Kalangan Murid Sekolah bertarikh 12 Mei 2005
Program Galakan Membaca
Program galakan membaca perlu dilaksanakan kerana budaya ilmu dalam sesebuah masyarakat dapat dibina melalui amalan membaca yang berterusan. Bagi memantapkan program galakan membaca, Kementerian Pelajaran Malaysia melaksanakan pendekatan pembacaan secara terancang melalui program NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca).
Literasi Maklumat
Program literasi maklumat perlu dilaksanakan untuk menyedia dan melengkapkan murid dengan kemahiran tertentu yang diperlukan bagi menghadapi kehidupan sebenar. Aspek kemahiran yang perlu diberi penekanan dalam literasi maklumat adalah seperti berikut:
Pentafsiran maklumat
Penghasilan produk yang berkualiti
Pembelajaran kendiri
Penglibatan secara aktif sebagai ahli kumpulan kerja
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi secara bertanggungjawab dan beretika
Kemahiran yang menyumbang ke arah pencapaian matlamat literasi maklumat adalah seperti berikut:
Kemahiran belajar secara kendiri
Kemahiran bekerjasama
Kemahiran merancang
Kemahiran mencari dan mengumpul
Kemahiran memilih dan mentafsir
Kemahiran menyusun dan merekod
Kemahiran komunikasi
Kemahiran menilai
Literasi maklumat perlu dilaksanakan oleh GPM dan semua guru mata pelajaran secara :
modular
integrasi / merentas kurikulum