PENGURUSAN KEBERSIHAN
PENGURUSAN KEBERSIHAN
Pihak Kontraktor hendaklah menyediakan perkara-perkara yang dinyatakan seperti dalam perjanjian.
Penentuan jumlah bilangan pekerja adalah mengikut kawasan seperti berikut apabila dikehendaki oleh pihak Jabatan/ Sekolah/ Institusi seperti yang ditetapkan dalam Jadual Harga Tawaran (LAMPIRAN D) Borang Tender. Bagi sekolah dua (2) sesi, penetapan bilangan pekerja di premis tersebut hendaklah berdasarkan nisbah 60 : 40 mengikut masa bekerja yang telah ditetapkan. Walau bagaimanapun, pada hari sabtu, jumlah pekerja tidak menqambilkira nisbah 60 : 40 dan pekerja hendaklah dibekalkan sepenuhnya pada masa bekerja yang telah ditetapkan.
Contoh : Bilangan pekerja adalah 10 orang bagi satu (1) premis.
Berdasarkan nisbah 60 : 40, bilangan pekerja yang perlu dibekalkan bagi sesi pertama adalah seramai enam (6) orang manakala sesi kedua adalah seramai empat (4) orang pekerja.
Perkhidmatan membersih bangunan dan kawasan di dalam kawasan sekolah yang merangkumi;
i. Blok bangunan
ii. Kawasan
iii. Blok asrama (jika ada)
iv. Pusat Kegiatan Guru (jika ada)
v. Bangunan Pejabat Pendidikan/ Jabatan Pendidikan (jika ada)
vi. Blok Tambahan yang siap sepanjang tempoh kontrak (jika ada)
Sekolah/ Institusi di mana Sabtu dan Ahad merupakan hari rehat mingguan.
Sebarang perubahan waktu bertugas adalah tertakluk kepada kelulusan daripada Pengarah Institusi Pendidikan/ Pengetua/ Guru Besar. Perubahan waktu bertugas tidak mengubah tempoh waktu bertugas.
TEMPAT, KAWASAN, PERKHIDMATAN DAN KEKERAPAN
Membersih dan mengelap semua cermin tingkap, kipas angin, lampu, bingkai gambar, dan Iain-lain kelengkapan dalam bangunan dengan menggunakan bahan-bahan pencuci seperti yang ditawarkan.
Menyedut dan membersih semua habuk, kotoran, sarang labah-labah, sarang lebah, kawasan tahi burung, sawang dan seumpamanya di semua bangunan sekolah/ asrama/ institusi.
Mengelap lantai (mopping) semua bilik termasuk bilik darjah, kaki lima bangunan dan tangga dengan menggunakan bahan pencuci seperti yang ditawarkan.
Menyediakan tanda-tanda keselamatan semasa pembersihan dijalankan.
Penyelia dari pihak syarikat perlu memantau kerja-kerja kebersihan yang dijalankan.
Penyelia perlu melapor kepada Pentadbir Sekolah ke atas kerja-kerja pembersihan yang dilaksanakan dua (2) minggu sekali.
Bahan dan peralatan pembersihan sentiasa disimpan di tempat yang selamat.
SPESIFIKASI BAHAN-BAHAN, MESIN DAN PERALATAN YANG DIGUNAKAN
BAGI KONTRAK KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN Dl SEKOLAH
Adalah menjadi tanggungjawab syarikat untuk mematuhi panduan yang dikeluarkan ini bagi memastikan keseragaman pemakaian pakaian seragam oleh pekerja kebersihan bangunan dan kawasan di sekolah dan premis Kementerian Pendidikan Malaysia.
Syarat-syarat ini adalah menjadi sebahagian daripada syarat-syarat perjanjian. Pihak Kontraktor yang berjaya hendaklah memastikan syarat-syarat tambahan seperti berikut dipatuhi:
Perbincangan dengan pihak sekolah/ Institusi Pendidikan hendaklah dilakukan dan dipersetujui secara bertulis bagi tujuan seperti berikut:
i) Menentukan kawasan yang perlu dibersihkan;
ii) Mengatur pelaksanaan program kerja;
iii) Taklimat mengenai peraturan-peraturan sekolah;
iv) Senarai pekerja yang akan dibekalkan; dan
v) Lain-lain perkara yang berkaitan.
Pihak Kontraktor bertanggungjawab membuang semua sampah-sarap dan bahan-bahan buangan di tapak pelupusan sampah yang dibenarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan berkenaan;
Pihak Kontraktor menanggung kos/ saman/ denda yang dikenakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan berkenaan di atas kesalahan berhubung pembuangan sampah sarap yang dikendalikan oleh Pihak Kontraktor;
Pihak Kontraktor menanggung kos/ saman/ denda yang dikenakan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia di atas kesalahan berlakunya pembiakan tempat nyamuk aedes di kawasan yang dikendalikan oleh Pihak Kontraktor;
Pihak Kontraktor adalah dikehendaki membekal baja bagi pokok-pokok bunga dan pokok-pokok hiasan di premis terlibat;
Pada bila-bila masa apabila diperlukan, Pihak Kontraktor hendaklah membekalkan seorang atau lebih pekerja untuk menjalankan kerja-kerja yang ditentukan berdasarkan Skop Perkhidmatan;
Penentuan/ pengagihan jumlah bilangan pekerja hendaklah mengikut kadar bilangan dalam Skop Perkhidmatan;
Pekerja hendaklah berdisiplin dan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah dari masa ke masa;
Semua pekerja hendaklah memakai pakaian seragam yang disediakan dengan sempurna dan mempunyai kad pengenalan diri yang dibekalkan oleh Pihak Kontraktor. Panduan rekabentuk pakaian yang telah ditetapkan bagi perkhidmatan ini oleh KPM adalah seperti di LAMPIRAN 4;
Pihak Kontraktor yang berjaya adalah DIWAJIBKAN untuk mengambil pekerja-pekerja warganegara Malaysia yang berumur 18 hingga 63 tahun sahaja. Sekiranya pekerja tersebut berumur antara 55 hingga 63 tahun sepanjang tempoh kontrak, Pihak Kontraktor hendaklah mengemukakan laporan pemeriksaan kesihatan yang dijalankan setiap tahun bagi pekerja yang berumur di antara 55 tahun sehingga 63 tahun mengesahkan bahawa pekerja-pekerja ini disahkan sihat untuk bekerja (fit for duty) dan tidak menghidap penyakit berjangkit berbahaya oleh pihak hospital atau klinik Kerajaan. Laporan hendaklah ditandatangani/ disahkan oleh sekurang-kurangnya Pegawai Perubatan Gred 41 dan dikemukakan kepada sekolah/ institusi pendidikan untuk kelulusan. Kelulusan untuk bekerja diberikan secara tahunan tertakluk kepada pemeriksaan kesihatan yang dijalankan secara berkala pada setiap tahun. Warga asing tidak boleh dilantik dan tidak dibenarkan berada di sekolah/ institusi pendidikan sepanjang tempoh kontrak kecuali mendapat kebenaran secara bertulis dari Kerajaan;
Pihak Kontraktor digalakkan untuk mengambil pekerja-pekerja daripada kontraktor sebelumnya;
Pihak Kontraktor hendaklah memastikan rekod kedatangan dan jadual bertugas dikemaskini pada setiap hari;
Pihak Kontraktor bertanggungjawab membekal dan menyediakan semua peralatan, pengangkutan dan bahan-bahan yang hendak digunakan bagi perkhidmatan mencuci bangunan dan membersih kawasan Sekolah/ Insititusi Pendidikan;
Pihak Kontraktor bertanggungjawab ke atas keselamatan setiap pekerja dan juga harta benda Sekolah/ Institusi Pendidikan/ harta awam yang dibenarkan Kerajaan untuk berada di dalam kawasan;
Pihak Kontraktor dikehendaki membaiki atau mengganti apa-apa kerosakan/ kerugian dengan membayar atau menggantikan dengan jenis dan kualiti yang sama atau lebih tinggi yang berlaku kepada harta benda Sekolah/ Institusi Pendidikan/ harta awam yang dibenarkan Kerajaan untuk berada di dalam kawasan premis akibat daripada kelalaian pihak pekerja Pihak Kontraktor semasa mengendalikan perkhidmatan berkenaan;
Pihak Kontraktor dikehendaki meletakkan tanda AMARAN ketika kerja-kerja pembersihan sedang dilakukan bagi mengelakkan berlakunya kemalangan kepada pelajar-pelajar dan juga kakitangan Sekolah/ Institusi Pendidikan/ mana-mana orang/ Ibu Bapa Pelajar/ Penjaga Pelajar yang dibenarkan oleh Kerajaan berada di premis berkenaan;
Pekerja-pekerja digalakkan mengikuti kursus yang berkaitan Perkhidmatan Mencuci dan Membersih Bangunan dan Kawasan yang dikendalikan oleh pihak Kerajaan dan juga pihak Swasta.
Kontraktor bertanggungjawab sepenuhnya ke atas pekerja-pekerja yang dibekalkan dalam hal :
i) Pembayaran Gaji dan Upah (mengikut Perintah Gaji Minimum semasa);
ii) Caruman PERKESO dan KWSP;
iii) Pakaian Seragam;
iv) Kemudahan Perubatan;
v) Disiplin;
vi) Kebajikan;
vii) Keselamatan; dan
viii) Lain-lain hal berkaitan pekerja.
PEKERJA PEREMPUAN SAHAJA dibenarkan bekerja di blok asrama perempuan bagi sekolah-sekolah yang mempunyai asrama termasuk tandas perempuan di semua premis terlibat.
Kontraktor hendaklah pada tiap-tiap hari perkhidmatan memberi satu perakuan pelaksanaan kerja menggunakan Borang Pengesahan Pelaksanaan Kerja bahawa perkhidmatan telah sempurna dan dijalankan dengan memuaskan seperti yang dinyatakan dalam Skop Perkhidmatan. Perakuan pelaksanaan kerja ini hendaklah diserah oleh pihak kontraktor untuk disemak dan disahkan oleh pihak sekolah berkenaan.